Gig ekonomi telah buka peluang kepada ramai rakyat Malaysia untuk jana pendapatan, khususnya sewaktu tempoh pandemik dahulu. Walau bagaimanapun, peserta ekonomi gig seperti rider penghantar makanan ataupun barang, mereka kini berdepan dengan cabaran getir. Ada yang merungut komisen semakin cetek, pendapatan tak stabil, dan kos hidup yang meninggi.
Pernahkah anda dengar tentang BHero?
Apa itu BHero?
BHero adalah satu program daripada Bateriku dan juga era baharu dalam ekonomi gig hari ini. Servis yang ditawarkan juga sedikit berlainan daripada kebanyakan platform gig lain. BHero memfokuskan kepada perkhidmatan pertukaran bateri, bantuan tepi jalan, dan servis berkaitan automotif lain sebagai saluran untuk peserta beroleh pendapatan. Asasnya, BHero menukarkan permasalahan yang dihadapi oleh pemandu kenderaan di Malaysia menjadi peluang untuk menjana pendapatan.
Program BHero berjalan di seluruh Malaysia. Peserta program ini beroleh kebebasan kepada peserta daripada segi pengurusan kerja. Dengan memanfaatkan sepenuhnya konsep ekenomi gig, peserta beroleh kefleksibelan daripada segi masa kerja, pengurusan tugasan menggunakan APP, dan terima pembayaran secara dalam talian terus daripada pelanggan.

BHero tiada pejabat tetap, tak perlu clock-in di lokasi dan tiada risiko mengendalikan wang tunai yang banyak. Hal ini kerana perkara berkaitan logistik, menjejak tempahan, dan pembayaran adalah berjalan secara automatik menerusi satu APP. Oleh sebab itu, rider boleh mula bekerja dari mana-mana mereka berada sama ada dari rumah ataupun mula dari kedai mamak selepas nikmati sarapan.
Encik Rosmawi ialah salah seorang BHero yang aktif di TTDI Jaya. Dia telah bekerjsa sejak 2022. Di awal 50-an, dia maklumakn yang dia berpuas hati daripada pendapatannya dengan Bateriku yang boleh melebihi RM3,000 sebulan bergantung kepada tempahan yang dipenuhi. Waktu kerja yang fleksibel bolehkan dia mengatur masa kerja dan masa untuk jaga salah seorang anaknya yang berkeperluan khas.

Seorang lagi BHero ialah Encik Mahadi yang juga nampak seronok membantu orang dalam kecemasan. Dia aktif beroperasi di Seksyen 7 Shah Alam. Dia juga berpuas hati dengan komisen yang diterima menerusi program BHero yang lebih tinggi daripada platform pesiang. Cara kerja yang kemas, komisen yang telus, dan pengautomatan yang tinggi melancarkan kerjanya terutamanya pembayaran secara cashless yang membasmi dirinya terdedah dengan risiko jika perlu bawa wang tunai.

Kenapa bergantung kepada satu saluran tak cukup
Ramai rider yang sertai ekonomi gig hantar makanan, dokumen, malah penumpang berdepan dengan cabaran baharu ini. Cabaran apabila pesaingan semakin sengit yang menjurus kepada pengucupan komisen. Ia menyebabkan pendapatan peserta terumbang-ambing tak pasti.

BHero beroperasi dalam persekitaran berbeza, menawarkan komisen yang kompetetif dan yang lebih penting, berstruktur serta berautomasi supaya peserta senantiasa ada kerja untuk dilakukan dan seterusnya memaksimumkan keuntungan.
Maka, sebelum satu saluran menjadi terlalu tepu dan tidak produktif, lebih baik terokai beberapa saluran baharu.
Struktur komisen jelas & lumayan
BHero tawarkan komisen yang telus dan kompetetif. Peserta sedia ada mengakui yang ia tinggi dan lumayan berbanding platform gig lain. Antara komisen yang ditawarkan adalah seperti:
Komisen pasang bateri
- Saiz kecil (NS40, M42, NS60): RM35
- Saiz sederhana (NS70/80D, DIN65/66): RM45
- Saiz besar (DIN80, DIN100, LN3-LN6): RM60

Komisen servis selepas pembelian
- Tuntutan jaminan (semua saiz): RM20
- Penghantaran bateri jaminan (bergantung kepada saiz): RM10 - RM30
Komisen bantuan tepi jalan (RSA)
- Jumpstart RM20 (RM10 jika SLA <30 minit)
- Penghantaran petrol/diesel: RM20
- Tampal/Tukar tayar: RM40
- Pemeriksaan kenderaan: RM20
- Bantuan lewat malam (12 tengah malam - 6 pagi): RM15
Komisen lain-lain perkhidmatan
- Penghantaran bateri ke bengkel: RM10/unit
- Penjualan pad brek: RM20/unit
- Pemeriksaan percuma: RM10
- Ambil dan hantar kenderaan pelanggan: RM30 - RM95
- Jurujual sambilan: 5% daripada jualan
- Penjualan insurans: 2% darpada premium
Bagaimana nak sertai BHero
Seandainya anda sudahpun berada dalam mana-mana platform ekonomi gig, menyertai BHero sepatutnya bukanlah satu masalah. Syaratnya adalah minimum iaitu memiliki sama ada motorsikal ataupun kereta dan ada lesen memandu yang sah. Disebabkan BHero perlu pakai aplikasi yang disediakan Bateriku, mereka perlulah miliki telefon pintar yang menjalankan sama ada Android 9 ke atas ataupun iOS 13 dan ke atas.

Apabila berdaftar, rider perlu menjalani program onboard selama 3 hari secara percuma. Program tersebut akan memperlengkapkan rider dengan maklumat seperti SOP, amalan keselamatan terbaik, dan teknik pemasangan bateri serta bantuan tepi jalan lain.
Selesai menjalani pentauliahan, peserta akan diberikan sijil penyertaan untuk membuktikan mereka telah bersedia untuk menerima pelanggan pertama.
Kerja fleksibel, kecekapan maksimum, keselamatan terjaga
Platform BHero fleksibel. Peserta boleh untuk piilh bila dan dimana mereka bekerja tanpa menganggu kerja gig sedia ada, sama ada hantar makanan ataupun bungkusan. Jadi, BHero bebas untuk laksanakan komitmen lain ataupun bertukar platform apabila rasa nak berubah angin. Jadi, BHero ada kawalan ke atas jadual mereka untuk pastikan mereka sentiasa produktif.

Keselamatan adalah keutamaan Bateriku terhadap BHero dan juga pelanggan. Saluran pembayaran secara digital disediakan dan amat disarankan. Ia bertujuan untuk membasmi risiko kecurian tunai dan bolehkan tempahan dijejak secara masa nyata.
Kenapa lebih ramai BHero diperlukan
Ekosistem Bateriku sedang bertumbuh pesat, seiring dengan keperluan kepada lebih ramai BHero. Ribuan pelanggan seluruh Malaysia menggunakan Bateriku setiap hari sama ada untuk tukar bateri ataupun dapatkan bantuan tepi jalan. Oleh sebab itu, ekonomi gig yang ditawarkan BHero adalah solosu tepat untuk rakyat Malaysa mempelbagaikan sumber pendapatan tanpa perlu tetapkan komitment kepada platform tertentu.
Hari ini, lebih 3,500 BHero sedang menabur bakti kepada pengguna Malaysia dan telahpun membantu lebih 50,000 daripadanya.
Potensi gig bukan sekadar penghantaran makanan. Sertai BHero hari ini.

