Harga minyak dah mahal sekarang. Walaupun ada Budi95 kita masih kena berjimat cermat kerana quota dan subsidi boleh ditarik pada bila-bila masa. Kereta yang cekap minyak boleh bantu jimatkan kos bahan api. Namun secekap manapun, kalau kereta tak diselenggara dengan baik, ia akan telan minyak juga.
Tanda anda perlu periksa sistem bahan api
Ada yang kata akan ada beza perbatuan kalau pam RON95 atau RON97. Tapi ia bukanlah faktor yang besar.
Sebaliknya kecekapan bahan api bergantung kepada faktor-faktor kecil lain yang bila gabung jadi besar seperti tekanan angin tayar, penapis udara yang kotor, minyak enjin lama, sensor CO2 tak elok, sistem brek yang gagal, dan pancutan bahan api tak stabil. Semua ini adalah pembunuh senyap kecekapan bahan api.

Kalau anda hadapi salah satu atau semua simptom ini, bawalah ke pakar untuk periksan kereta anda.
- satu tangki penuh beri jarak pandu luar biasa pendek
- bila tekan padel pecutan, kereta tak pergi
- lampu check engine menyala
- bunyi enjin kasar sewaktu idle
- bau terbakar di tayar berhampiran brek
- enjin hibrid asyik berjalan, tak guna bateri untuk idle.
Kalau anda tak hadapi mana-mana isu ini pun, pemeriksaan berkala pun berguna juga untuk elak masalah besar berlaku. Untuk kemudahan, boleh hantar kereta ke BGarage untuk selesaikan masalah tadi.
Apa yang BGarage periksa?
Juruteknik di BGarage telah dilatih untuk melakukan pemeriksaan berkaitan fuel efficiency. Jadi pemilik kereta tak perlu tunggu sebelum kereta rosak teruk untuk periksa. Beberapa bahagian yang akan diperiksa adalah seperti tekanan angin tayar dan ketebalan bunga, paras minyak enjin dan keadaannya, penapis bahan api, voltan bateri, brek, dan akhir sekali kod ralat daripada ECU.

Kepentingan periksa komponen ini
- Tekanan angin tayar - tayar yang kurang angin hasilkan lebih banyak rintangan. Jadi enjin kena kerja lebih keras, bakar lebih banyak petrol dan beri kesan pada kawalan dan brek.
- Minyak enjin - minyak enjin lama atau tak ikut spesifikasi meningkatkan geseran dalam enjin. Penggunaan minyak enjin yang betul pastikan enjin licin dan lancar.
- Penapis angin dan palam pencucuh - penapis angin penuh debu atau palam pencucuk sarat lapisan karbon ganggu campuran udara dan bahan api. Kesannya boleh dirasai pada pecutan iaitu enjin terasa berat dan akhirnya bakar lebih banyak bahan api.
- Imbas kod ralat ECU - kereta moden ada banyak sensor. Ada masa kita masih belum rasa simptom enjin rosak tapi sensor sudahpun mengesannya. Komponen seperti exygen sensor, MAF/MAP, misfire detection, EGR, DPF, hibrid, dan banyak lagi boleh beritahu apa bahagian yang perlu diperiksa.
Tak kiralah sama ada anda bawa kenderaan petrol, diesel, atau hibrid sekalipun. Semuanya perlu diperiksa. Pemandu kenderaan diesel yang dah mula guna biodiesel B15 yang baharu, anda tak perlu risau sebab memang pengeluar katakan yang enjin kenderaan anda boleh tampung. Tapi jangan lupa untuk lakukan penyelengaraan menepati masa untuk periksa penapis dan penyuntik minyak serta EGR dan DPF untuk sebarang masalah.
Kereta hibrid walaupun direka untuk cekap bahan api, ia juga perlu diperiksa. Sistem elektrik seperti motor dan bateri yang tidak diselenggara boleh sebabkan penjanaan tenaga melalui regenerative braking jadi tak cekap dan akhirnya guna banyak petrol juga.
BGarage periksa dan saran
Juruteknik di BGarage mereka tidak guess tapi mereka inspect. Kenderaan diperiksa secara teliti untuk cari punca kereta makan bahan api terlebih banyak. Dah jumpa punca, barulah saranan diberikan sama ada untuk baiki atau ganti komponen. Makanya, anda tak belanja lebih daripada yang sepatutnya.
Kereta jimat minyak bermula dengan kereta yang baik selenggaranya. Kalau terasa berat dan makan minyak, hantar saja ke BGarage untuk diperiksa. Hubungi atau WhatsApp +6011-4008 6008 untuk tempah slot diagnos hari ini dan pulihkan kembali penjimatan minyak kereta anda.

