20 Feb 2026

Terokai Batu Arang Dengan Roadtrip Pantas

Cover image

Jika anda sedang cari idea untuk roadtrip ringkas tak jauh daripada Kuala Lumpur, cuba anda pertimbangkan Batu Arang. Lokasinya cuma kira-kira 45km melalui Rawang ataupun Ijok. Bila tiba di Pekan Batu Arang, ia nampak seperti pekan aman damai tapi satu ketika dulu, ia adalah salah satu hab perindustrian paling sibuk di Selangor.

Kini, Batu Arang menyimpan sisa-sisa nostalgia industri perlombongan arang batu yang penting satu ketika dulu. Anda akan nampak kesan seperti landasan keretapi, corong asap, bangunan lama, dan banyak lagi.

Batu Arang Pekan Arang Batu

Arang batu kali pertama ditemukan di sini dalam tahun 1908 oleh Haji Abdul Hadi. Ia terus mencetuskan pertumbuhan pesat lokasi itu sehingga terbentuknya pekan perlombongan dalam tahun 1915 apabila British mula mengekstraknya dalam skala besar.

Dalam zaman kemuncaknya, Batu Arang menghasilkan 15 juta tan arang batu setahun dengan populasi kira-kira 12,000 orang. Ia menjadikan Batu Arang sebagai pekan tersibuk di Selangor selepas Kuala Lumpur. Malah, di situ terdapat landasan kereta api yang bersambung dengan Kuang untuk tujuan mengangkut Arang Batu ke seluruh Tanah Melayu.

Selain bahan api, Batu Arang juga terkenal dengan kilang penghasilan batu bata. Antara yang termoden pada ketika itu, kilang batu bata di sana ada kapasiti penghasilan sehingga 450,000 batu bata sebulan.

Apabila manusia mula menggantikan arang batu kepada diesel sebagai sumber kuasa, pekan Batu Arang sedikit demi sedikit mati sehingga tahun 1961, apabila pengeluaran arang batu dihentikan.

Mercu tanda Batu Arang Yang Perlu Anda Lawati

Apabila memasuki pekan Batu Arang, anda akan memandu melalui satu bulatan. Di tengah-tengahnya anda akan nampak mercu tanda pekan Batu Arang sebagai penanda pusat pekan Batu Arang.

260220-bateriku-batu arang mercu tanda.webp

Berhampiran dengan bulatan itu, anda akan dihidangkan dengan barisan kedai berseni bina 1920-an sewaktu pekan ini meletup menjadi lokasi perlombongan arang batu. Lokasi ini sesuai untuk utusan di Instagram dan Facebook. Anda boleh bayangkan satu ketika dulu, ia sangat sesak dengan orang ramai.

260220-bateriku-batu arang deretan kedai lama.webp

Sebelum meneruskan perjalanan, anda boleh singgah di medan selera untuk makan pagi. Kedai sarapan di Batu Arang memang terkenal dalam kalangan pengayuh basikal ataupun penunggang motor yang bersiar-siar di daerah ini. Antara yang jadi tumpuan adalah Roti Leleh Batu Arang iaitu roti bakar dengan dua biji telur separuh masak di atasnya.

260220-bateriku-batu arang roti leleh.webp

Daripada bulatan, anda boleh masuk ke Jalan Pekan dan kemudian ke Jalan Yap Voon Choong untuk anda temui bekas rumah kelab pelombong yang terletak di hadapan Dataran Batu Arang. Kemudian anda boleh teruskan perjalanan ke selatan, ke arah Galeri Batu Arang.

260220-bateriku-batu arang rumah kelab mca.webp

Tapi sebelum tiba di sana, ambil perhatian ke atas satu batu tanda tertera “Tapak Tinggalan Terowong Arang Batu”. Anda boleh berhenti sekejap dan melawat pintu masuk lombong arang batu.

260220-bateriku-batu arang lombong arang batu.webp

Akhir sekali, anda teruskan perjalanan ke selatan menerusi Jalan Stesen hinggalah akan temui Galeri Batu Arang. Ia adalah berek tempat tinggal pekerja yang telah diolah semula menjadi lokasi yang boleh disewa untuk keramaian.

260220-bateriku-batu arang galeri arang batu.webp

Apabila melawat Batu Arang, anda harus ingat yang ia bukanlah pusat pelancongan. Jadi, jangkakan bangunan yang tiddak terjaga dan papan tanda yang tidak terurus. Tapi itulah sebahagian pengembaraan dan cabaran yang akan jadi kenangan manis buat anda.

Contohnya, jika anda dahagakan cabaran, anda boleh cari bekas Kilang Batu Bata yang terletak di jalan tidak berturap berhampiran Jalan TM 2. Nak lebih mudah, tanyakan saja kepada penduduk setempat. Sewaktu ia beroperasi satu ketika dulu, ia adalah kilang batu bata termoden dalam eranya.

Bateriku Ijok

Selesai menimba pengalaman berharga di Batu Arang, jangan jadikan masalah teknikal kereta meninggalkan kesan pahit. Outlet Bateriku terhampir dengan lokasi anda adalah di Ijok. Kami beroperasi di No.65-g, Jalan Sejati 1, Taman Sejati, 45600, Ijok, Selangor dan menerima pelanggan walk-in seawal 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Sekiranya anda berdepan dengan kecemasan, anda boleh hubungi nombor berikut +60193001249 atau +601116006008.

260220-bateriku-batu arang bateriku ijok bm.webp

Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 11.webp

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Lihat senarai lengkap servis di Bateriku.com

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya