5 Nov 2026

Dari Shah Alam ke Pentas Dunia: Bateriku Sokong Bakat STEM Muda Malaysia

Cover image

Buat sekumpulan pelajar dari SMK Seksyen 9 Shah Alam, apa yang dipelajari mereka di dalam kelas telah bawa mereka ke pentas antarabangsa di Singapura. Pasukan TUAH STEM Racing daripada sekolah itu telah mewakili Malaysia dalam Aramco STEM Racing World Finals 2026 untuk bersaing dengan 90 pasukan lain daripada seluruh dunia.

261105-bateriku-tuah stem racing 01.webp

Bateriku sebagai salah satu penyokong pasukan ini berbangga apabila TUAH Racing Team berjaya menduduki tempat ke-11 keseluruhan dengan 750.5 mata untuk menjadikan mereka sebagai pasukan daripada Malaysia teratas dalam pertandingan tersebut. Mereka turut menerima anugerah kategori Verbal Presentation Award yang disokong Audi Revolut F1 Team.

Ilmu STEM dipraktikkan dalam dunia sebenar

STEM Racing adalah satu program yang melangkaui hanya mereka cipta kereta Formula 1 dalam versi mini. Ia juga berikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik ke dalam projek sebenar.

261105-bateriku-tuah stem racing 03.webp

Pasukan yang bertanding perlu memhami selok belok cabang ilmu seperti rekaan kejuruteraan, menggunakan perisian CAD, pembangunan prototaip, pengurusan projek, perusahaan dan komunikasi. Dalam bahasa mudah, mereka dicabar untuk mereka, membangun, menguji, dan terus perhalusi kereta F1 mini mereka, seperti sebuah pasukan F1 sebenar.

261105-bateriku-tuah stem racing 07.webp

Pengalaman berharga yang dikutip sepanjang penyertaan mereka telah beri peluang untuk rasai bagaimana kemahiran STEM boleh diguna pakai dalam senario dunia sebenar khususnya dalam industri automotif, kejuruteraan, teknologi, dan pengeluaran.

Bangunkan kemahiran melangkaui kejuruteraan

Kejayaan pasukan TUAH menggambarkan yang bakat STEM masa hadapan memerlukan bukan sekadar pengetahuian teknikal. Kejayaan merangkul anugerah dalam kategori pembentangan linsan menunjukkan kepentingan komunikasi, keyakinan, dan keupayaan menyampaikan idea untuk difahami orang lain. Bersama-sama kemahiran teknikal juga, peserta mengasah kemahiran pemikiran kritis dan kritikal, kolaborasi, pengurusan projek, dan penyelesaian masalah.

261105-bateriku-tuah stem racing 05.webp

Pengalaman ini pastinya akan terus diguna pakai dalam kehidupan, lagi-lagi apabila melangkah ke dunia pengajian tinggi dan seterusnya alam pekerjaan.

261105-bateriku-tuah stem racing 02.webp

Malaysia kini sedang mempergiat usaha untuk perkukuhkan pendidikan STEM apabila permintaan terhadap tenaga kerja mahir dan sedia-AI semakin meninggi. Penyertaan pelajar dalam STEM dilapor telah meningkat kepada 50.83% dalam kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan statistik 2024.

261105-bateriku-tuah stem racing 08.webp

Walau bagaimanapun, cabaran yang sedang dirungkaikan adalah untuk membuang persepsi yang pelajaran STEM susah dan tak berguna dalam dunia sebenar daripada pelajar-pelajar ini. Oleh sebab itu, dokumen Halatuju Pendidikan Malaysia 2026-2035 telah menetapkan sasaran memantapkan STEM melalui pembelajaran berasaskan praktikal, teknologi, dan merentasi disiplin.

Bateriku sokong pembangunan bakat STEM masa hadapan

Sebagai syarikat tunjang kepada ekosistem auomotif Malaysia, Bateriku menyedari kepentingan menggalakkan pertumbuhan bakat-bakat baharu dalam bidang kejuruteraan, inovasi, dan teknologi. Inisiatif seperti TUAH Stem Racing ini memberi peluang kepada bakat muda untuk beroleh pendedahan di pentas antarabangsa untuk menguji sejauh mana pemahaman mereka dalam STEM.

261105-bateriku-tuah stem racing 09.webp

TUAH Stem Racing membuktikan yang potensi bakat muda adalah besar, sekiranya diberikan peluang, platform, dan sokongan yang mencukupi. Bateriku berbangga menjadi salah satu pendorong di belakang TUAH dan sentiasa mencari peluang untuk menyokong pembangunan bakat baharu masa hadapan.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya