29 Jul 2025

Bateriku x Motor Maniac: Satu Malam Bersama Komuniti

Cover image

Pada 26 Julai 2025, suasana dunia automotif Malaysia kembali hangat apabila Motor Maniac HQ menjadi pusat pertemuan peminat kereta dari seluruh negara. Bermula jam 6 petang hingga tengah malam, lokasi tersebut bertukar menjadi medan pameran gaya jalanan, kuasa enjin, dan semangat komuniti.

Daripada kereta JDM yang rare, supercar yang mengaum, Continental yang elegan, sehinggalah MDM (Malaysia Domestic Market) yang penuh bangga dipamerkan dengan penuh gaya. Tapi ini bukan sekadar perjumpaan biasa. Ia adalah satu kenyataan dan Bateriku dengan bangganya menjadi sebahagian daripadanya.

Bateriku x Motor Maniac: Satu Malam Bersama Peminat & Komuniti

Antara aktiviti yang dijalankan dalam merai semua peminat kereta dari seluruh negara adalah pertunjukkan kereta, pelancaran koleksi baju daripada Motor Maniac dan juga pameran oleh Astra Bateri.

Bateriku Penaja Rasmi Motor Maniac & Lebih Lagi

Sebagai penaja utama acara ini, Bateriku memperkukuh komitmen kami untuk menyokong komuniti automotif dalam semua bentuk. Sama ada kelab kereta atau projek komuniti yang didorong oleh peminat, kami sentiasa bersedia untuk menghidupkan semangat anda.

Kehadiran kami di Motor Maniac HQ hanyalah permulaan. Kami berminat untuk terlibat dalam acara yang membawa komuniti automotif lebih rapat. Jika anda mempunyai visi yang sama, mungkin ini adalah permulaan sesuatu yang hebat bersama Bateriku.

BaterikuxMotorManiacCarMeet25-6.webp

Aktivasi ASTRA: Penampilan Baru, Perlindungan Maksimum

Di tengah kemeriahan acara, rerurai aktivasi bateri Astra menjadi tumpuan dengan reka bentuk pembungkusan baru yang lebih segar serta memberi jaminan perlindungan menyeluruh. Digelar sebagai "Bateri Pilihan Mekanik", kini Astra hadir dengan pelan perlindungan Takaful GPA sehingga RM7,000 menjadikannya bukan sahaja berkuasa tetapi juga pelaburan bijak.

Dengan pensijilan SIRIM dan diyakini oleh para mekanik di seluruh negara, bateri Astra dicipta untuk pemandu yang inginkan prestasi, ketenangan fikiran, dan sokongan yang terbaik.

BaterikuxMotorManiacCarMeet25-2.webp

Koleksi Late Breaker: Terhad & Tersendiri

Seiring dengan identiti Motor Maniac yang berani, acara ini turut menyaksikan pelancaran koleksi eksklusif Late Breaker, rangkaian pakaian yang menggabungkan gaya jalanan dan jiwa automotif.

Antara yang ditawarkan:

  • 2 rekaan t-shirt
  • 1 kemeja lengan panjang
  • 1 kemeja kerja dengan sulaman penuh
  • Rilisan terhad: knitwear eksklusif

Koleksi ini terhad kepada 50 unit sahaja untuk setiap rekaan, tanpa cetakan semula.

Jualan yang memberangsangkan membuktikan bahawa Motor Maniac bukan sekadar tentang kereta, ia adalah gaya hidup eksklusif dalam komuniti tersendiri.

BaterikuxMotorManiacCarMeet25-3.webp

Persembahan Bertenaga & Suasana Gempak

Malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan oleh artis rap tempatan, BHeart. Persembahan beliau membakar pentas dengan lagu-lagu penuh semangat yang seiring dengan deruman enjin kereta di luar. Ia menjadikan malam tersebut penuh rancak dengan irama, gerakan dan getaran enjin. Kombinasi sempurna untuk setiap pencinta kereta.

BaterikuxMotorManiacCarMeet25-4.webp

Semua Jenis Kereta Dialu-Alukan

Salah satu perkara paling menarik tentang Motor Maniac adalah kepelbagaian kenderaan yang hadir:

  • JDM (Japanese Domestic Market) yang rare dan penuh nostalgia
  • Supercar yang memukau setiap pandangan
  • Model Continental yang sofistikated dan mewah
  • MDM (Malaysia Domestic Market) yang bangga membawa identiti tempatan

Inilah bukti cinta sejati terhadap automotif dalam semua bentuk dan gaya.

BaterikuxMotorManiacCarMeet25-7.webp

Bateriku: Rakan Perjalanan Anda

Sebagai penyedia "Roadside Assistant" Bateriku bukan sekadar syarikat bateri, kami adalah rakan perjalanan anda. Dengan lebih 220 Pitstop di seluruh Malaysia, bantuan 24/7, dan akses mudah melalui aplikasi, laman web, serta platform seperti Setel dan Touch 'n Go eWallet kami sentiasa ada hanya dengan satu klik sahaja.

Tak kisah sama ada anda memandu Kancil atau Porsche 911, Bateriku sentiasa bersedia untuk pastikan enjin anda terus hidup dan perjalanan anda lancar.

Jumpa 6 September Nanti!

Tandakan kalendar anda. Motor Maniac kembali pada 6 September ini, dan kami bakal tampil dengan lebih banyak kejutan! Nantikan lebih ramai pengunjung, lebih banyak kereta, dan kolaborasi yang lebih menarik.

BaterikuxMotorManiacCarMeet25-8.webp

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya