20 Jun 2025

Bateri Myvi: Jenis Bateri Mengikut Model

Cover image

Perodua Myvi kekal sebagai antara kereta kegemaran rakyat Malaysia. Kereta ini menjadi pilihan kerana mempunyai ciri-ciri seperti menjimatkan minyak di mana sesuai untuk kegunaan harian. Namun begitu, ciri-ciri pintar dan hebat yang ditawarkan tidak akan berfungsi sekiranya satu komponen penting dalam kereta ini tiada iaitu Bateri.

Sebagai syarikat yang telah membantu puluhan ribu pengguna jalan raya melalui servis bantuan kecemasan dan penggantian bateri, kami di Bateriku ingin berkongsi panduan lengkap mengenai bateri kereta Myvi dan kenapa Astra Bateri merupakan pilihan yang terbaik.

Bateri Terbaik Perodua Myvi

Seperti yang kita lihat di jalan raya, Perodua Myvi yang juga dikenali sebgaai "King" sudah mendapat dua kali rupa baru atau "Facelift". Myvi generasi pertama yang diperkenalkan pada tahun 2005 masih digunakan oleh rakyat Malaysia.

Disebabkan keupayaan model kereta ini bertahan dan disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, penting untuk kita semua ketahui, apakah bateri terbaik untuk Perodua Myvi?

Apa Faktor Pemilihan Bateri Kereta?

Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan bateri kereta. Antaranya:

  1. Saiz bateri. Untuk pengetahuan semua, Bateri kereta diukur dalam ampere-hour (Ah) dan menunjukkan berapa lama bateri boleh menyediakan arus elektrik tertentu sebelum perlu dicaj semula.
  2. Jenis Bateri. Terdapat bateri sel basah, sel kering dan EFB. Setiap jenis mempunyai kesesuaian masing-masing.
  3. Kualiti dan jenama. Pilih bateri daripada pengeluar yang diiktiraf dan menepati bajet anda.
  4. Jangka hayat bateri. Bateri yang sesuai dengan keperluan kereta anda cenderung untuk mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
  5. Penjimatan kos. Sesetengah bateri berkualiti mungkin memerlukan kos yang lebih tinggi.

Jenis Bateri Terbaik Untuk Myvi

Cadangan jenis bateri yang terbaik berdasarkan Model Myvi 2025 yang masih menggunakan dua jenis sistem:

Myvi Tanpa Eco Idle

  • Guna bateri jenis NS40ZL (bateri basah standard).
  • Sesuai untuk fungsi asas seperti hidupkan enjin, lampu, dan pendingin hawa.

Myvi dengan Eco Idle (Varian Advance)

  • Perlukan bateri jenis EFB (Enhanced Flooded Battery) seperti M42L.
  • Direka khas untuk menampung sistem Start-Stop automatik.
  • Mampu menahan kitaran hidup/mati enjin berulang kali.

Jika anda menggunakan bateri biasa pada model Eco Idle, sistem Start-Stop tidak akan berfungsi dengan baik dan ini boleh menyebabkan kerosakan atau pengurangan jangka hayat bateri.

Kenapa Astra Battery Pilihan Terbaik

Kami di Bateriku membekalkan dan mengesyorkan Astra Battery kerana ia terbukti tahan lama, berprestasi tinggi dan sesuai untuk cuaca serta gaya pemanduan di Malaysia.

Untuk Model Tanpa Eco Idle:

  • Astra NS40ZL
  • Cranking power yang tinggi untuk permulaan enjin yang lancar
  • Prestasi konsisten untuk pemanduan bandar dan jarak jauh

Untuk Model Eco Idle:

  • Astra EFB M42L
  • Direka khas untuk sistem Start-Stop
  • Tahan terhadap beban elektrik tinggi
  • Prestasi stabil walaupun selepas ribuan kitaran hidup/mati enjin

Astra dihasilkan mengikut piawaian OEM dan digunakan oleh ramai pemilik kenderaan sebagai alternatif berkualiti kepada bateri asal kilang. Oleh itu, sesuai dengan slogan bateri pilihan mekanik.

Tanda Bateri Perlu Ditukar

Antara simptom-simptom bateri kereta anda sudah lemah:

  • Enjin lambat dihidupkan
  • Fungsi Eco Idle tidak aktif
  • Lampu dalaman atau papan pemuka malap
  • Telah jump-start lebih dari sekali dalam sebulan
  • Bateri berusia lebih 2 tahun

Jika anda mengalami mana-mana tanda ini, jangan tunggu sehingga kereta tidak boleh dihidupkan. Dapatkan pemeriksaan percuma dari Bateriku. Supaya dapat tukar sebelum kong, di Bateriku.com

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya