15 Jul 2026

Kenapa Bateri Kereta Cepat “Kong” Bila Pandu Dalam Bandar

Cover image

Ramai pemandu kereta terkejut yang bateri mereka “kong” lebih awal daripada yang mereka jangka walaupun kereta mereka tiada sistem start-stop automatik. Ya kalau anda memandu kereta yang ada sistem yang canggih itu, memang ia akan beri tekanan pada bateri seperti dalam artikel yang dibincangkan sebelum ini. Namun begitu, faktor yang lebih besar adalah pola pemanduan turut menyumbang kepada tempoh hayat bateri kereta anda.

Contohnya di Kuala Lumpur. Kombinasi kesesakan jalan raya, perjalanan pendek, dan suhu persekitaran tinggi mewujudkan satu keadaan yang jerih untuk bateri kereta.

Pemanduan bandar bebankan bateri kereta

Frekuensi berhenti dan bergerak apabila memandu dalam bandar adalah lebih tinggi daripada memandu di jalan kampung atau lebih raya. Walaupun tanpa teknologi start-stop, enjin lebih kerap dihidup dan dimatikan contohnya bila sampai ke kafe kegemaran, bank untuk hantar cek, pejabat untuk hantar dokumen, dan macam-macam lagi aktiviti.

260715-astraman-why you car batteries dies fast 02.webp Setiap kali enjin dihidupkan, bateri akan hantar kuasa dalam jumlah yang banyak sekelip mata. Selepas enjin hidup, alternator perlu gantikan semula tenaga tadi dan dalam masa yang sama kuasakan kelengkapan elektrik lain seperti pendingin hawa, lampu, papan pemuka, dan inforia.

Bateri kurang cas cetus masalah sulfation

Masalah timbul bila sistem penjana tenaga tak sempat nak gantikan dengan cukup apa yang digunakan waktu hidupkan enjin tadi. Seiring dengan masa, terjadil satu keadaan apabila bateri sentiasa berada dalam keadaan cas tak penuh.

260428-bateriku-car-battery-dead-signs-causes-fixes-02.webp

Jika keadaan ini berterusan, ia perlahan-lahan akan datangkan kerosakan kekal pada bateri. Fenomena sulfation terjadi di sekeliling plat bateri dan ia akan jejaskan keupayaan bateri untuk simpan tenaga secara kekal. Oleh sebab itu, kapasiti bateri akan berkurangan dengan ketara, CCA jadi rendah, dan bila CCA turun rendah daripada yang diperlukan enjin untuk dihidupkan, proses nak hidupkan kereta akan gagal.

Itulah penjelasan kenapa bateri kereta hayatnya luar biasa pendek bila memandu di dalam bandar.

Itu belum ditambah dengan keadaan Malaysia sudah sedia panas dan lembap. Kemudian, keadaan kedap dalam ruang enjin yang boleh capai antara 40°C to 45°C lantas memberikan tekanan lebih berat pada bateri kereta.

Cara panjangkan hayat bateri kereta

Kalau terpaksa memandu dalam bandar, memang mustahil nak elakkan kesesakan jalan raya. Jadi apa yang boleh anda lakukan adalah sekali sekala, pandu ke luar bandar untuk jarak yang agak panjang untuk benarkan bateri dicas semula. Untuk elakkan sebarang kebocoran tenaga, pastikan semua peralatan elektronik dan elektrik dipadam sebelum enjin dimatikan.

Paling penting, pastikan spesifikasi bateri kereta anda menetapi spesifikasi yang disarankan pengeluar kereta, atau lebih baik. Contohnya, bateri yang lebih maju seperti EFB dan AGM mampu tahan lebih lama berbanding bateri yang bukan Maintenance Free (MF). Akhir sekali, periksa keadaan bateri secara berkala untuk jejak sebarang masalah lebih awal sebelum berubah jadi lebih parah.

Cari Bateri Astra untuk penukaran seterusnya

Pemanduan singkat, kesesakan jalan raya, persekitaran panas, adalah antara faktor yang mempengaruhi hayat bateri kereta anda. Memahami faktor-faktor ini bolehkan anda melakukan penyesuaian kepada cara anda gunakan kereta supaya komponen ini sentiasa terjaga.

Bateri kereta lambat laun akan tamat hayatnya. Tukar sebelum kong. Untuk penukaran yang seterusnya, carilah Astra. Astra adalah jenama in-house Bateriku yang tawarkan pelbagai jenis bateri automotif MF EFB AGM untuk semua jenis kenderaan di Malaysia.

260224-bateriku-bateriku kelantan astraman.webp

Produk Astra dilindungi jaminan seluruh negara disokong oleh rangkaian perkhidmatan auomotif Bateriku. Setiap pembelian bateri Astra akan disertakan sekali Takaful Perlindungan Kelompok (GPA) bernilai sehingga RM7,000 daripada Zurich Takaful Malaysia selama 12 bulan.

Anda boleh layari katalog bateri Astra untuk cari model yang sesuai dengan kereta anda.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya