3 Jul 2025

Aktiviti Outdoor Menarik Sekitar Kuala Lumpur

Cover image

Selepas seminggu yang penuh tekanan dan kesibukan di pejabat, ramai antara kita perlukan ruang untuk berehat dan menyegarkan semula minda. Tapi, kadang-kadang perjalanan jauh ke destinasi percutian boleh menambahkan lagi stres. Beriadah sambil menikmati alam semula jadi adalah antara cara yang menarik untuk melepaskan tekanan.

Tahukah anda bahawa di tengah bandar raya Kuala Lumpur, terdapat pelbagai tempat menarik untuk aktiviti luar yang bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu menyegarkan tubuh dan jiwa anda. Kuala Lumpur mungkin terkenal dengan pusat membeli-belahnya, namun jangan terkejut jika anda temui aktiviti riadah yang menyeronokkan dan menyihatkan dalam bandar ini.

Lokasi Aktiviti ‘Outdoor’ Sekitar Kuala Lumpur

Anda memiliki kereta atau motosikal dan hujung minggu yang lapang? Ini senarai lokasi yang wajib anda kunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam sekitar.

1. Gua Damai Extreme Park

Terletak hanya 20 minit dari pusat bandar, Gua Damai Extreme Park menawarkan pengalaman memanjat gunung yang sesuai untuk pemula dan mereka yang berpengalaman. Terdapat lebih 100 laluan memanjat yang mempunyai tahap 5 hingga tahap 7 bagi penggemar sukan memanjat. Lengkap dengan tandas, gerai, bilik mandi dan pencahayaan pada waktu malam, kawasan ini menyediakan hospitilati lengkap untuk setiap pengunjung.

Lokasi: Jalan Fairuz Off Jalan Zamrut, Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 830 pagi hingga 530 petang

2. ATV Adventure Park Kuala Lumpur

Terletak di Kemensah, ATV Adventure Park Kuala Lumpur ini menawarkan laluan lasak merentas hutan dan sungai dengan menunggang ATV. Pakej pemanduan yang mencabar ini termasuk sekali dengan persinggahan di kawasan air terjun. Menjadikan aktiviti ATV ini sangat sesuai untuk keluarga yang sukakan cabaran.

Lokasi: ATV Adventure, Kampung Kemensah, 68000, Selangor Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang

A person driving an ATV across a man-made bridge of woods on a jungle trail (Sumber: ATV Adventure Park KL)

3. ESCAPE Petaling Jaya

Taman tema unik yang terletak di dalam pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti Banana Flip, Atan’s Leap, Sling Shot, dan Monkey Business. Seperti cawangan Escape Park yang lain, adrenalin untuk melakukan setiap aktiviti bakal mengeluhkan kita dan perasaan seronok pasti dizahirkan. Tambahan pula, aktiviti yang disediakan sesuai untuk semua peringkat umur. Dengan kemudahan lain seperti tempat makan, parkir dan tandas yang selesa, taman ini sesuai menjadi tempat riadah untuk seisi keluarga pada hujung minggu.

Lokasi: Paradigm Mall, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 8 malam

4. XPark Sunway Lagoon

Dibuka sejak tahun 1992, Sunway Lagoon kini menampilkan XPark yang menawarkan aktiviti ekstrem seperti bungee jumping dan flying fox terpanjang di Malaysia. Juga terdapat aktiviti lain seperti go-kart, memanah, ATV dan berkayak. Pasti ramai rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa Sunway Lagoon adalah antara pusat tumpuan untuk mendapatkan aktiviti yang seronok pada hujung minggu.

Lokasi: Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Waktu operasi: Dibuka dari 10 pagi hingga 11 malam, Tutup pada hari Selasa.

A person jumping off a bungee with safety harness in front of a water theme park (Sumber: Sunway Lagoon)

5. Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Hutan simpan seluas 9.3 hektar di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini menawarkan laluan denai dan jambatan gantung sepanjang 200 meter serta setinggi 21 meter. Laluan Merbau dan Jelutong pula sesuai untuk mereka yang ingin mendaki atau mendapatkan suasana alam semula jadi.

Lokasi: Lot 240, Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 530 petang

6. Taman Rimba Alam, Putrajaya

Kurang dari sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, taman ini sesuai untuk aktiviti mendaki, berkelah, dan memerhatikan burung. Tempat yang tenang untuk seisi keluarga menghabiskan masa lapang pada hujung minggu dikelilingi dengan flora dan fauna.

Lokasi: Taman Rimba Alam Putrajaya, Presint 14, 62300, Putrajaya. Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 6 petang

two person cycling on a trail covered with trees and forest (Sumber: Perbadanan Putrajaya)

7. Taman Tasik dan Rekreasi Air

Antara tempat lain untuk aktiviti riadah di sekitar Kuala Lumpur termasuklah Taman Tasik Titiwangsa, Tasik Putrajaya dan Taman Tasik Shah Alam. Aktiviti seperti berkayak sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu.

Lebih Aktif, Lebih Banyak Pemanduan

Sebelum memulakan hujung minggu yang aktif dan menyertai aktiviti-aktiviti menarik di Kuala Lumpur, pastikan kereta anda dalam keadaan baik. Singgah di 200+ Pitstop Bateriku untuk pemeriksaan bateri percuma. Kami menawarkan:

  • Penggantian bateri di lokasi 24 jam/ 7 hari seminggu
  • Liputan seluruh negara
  • Bateri tulen dengan jaminan
  • Servis pantas dan profesional

Layari Bateriku atau tempah melalui Setel, Touch ’n Go atau Flexi Parking. Jangan biarkan bateri rosak mengganggu hujung minggu anda!

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Seterusnya