11 Sept 2025

MotorManiac Edisi Ke-4 Cipta Sejarah sebagai Festival Kereta Terbesar Malaysia 2025

Cover image

MotorManiac yang dianjurkan oleh Bateriku kembali tahun ini dengan penganjuran kali ke-4 menjadi acara paling besar dan havoc dalam sejarah festival automotif tanah air. Berlangsung hanya satu hari pada Sabtu, 6 September 2025, acara kali ini berjaya menghimpunkan lebih daripada 15 000 pengunjung yang membanjiri rooftop MyTown Kuala Lumpur.

MotorManiac 2025: Lebih Besar, Lebih Ganas, Lebih Legend

Motor maniac 6 (1).webp

Motor Maniac 2025 menampilkan gabungan aktiviti utama yang menjadi identiti acara ini, termasuk

  • Autoshow
  • 2 Step Competition
  • Limbo Competition
  • Frenemies Bboy Competition
  • Car Parade

Dengan himpunan lebih 600 buah kereta dari pelbagai kategori seperti JDM, MDM, Continental dan Supercar, MotorManiac pada tahun ini tampil jauh lebih istimewa serta berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Mikhail Faizi penganjur MotorManiac menegaskan bahawa “Kalau terlepas edisi kali ini, memang anda akan ketinggalan segalanya,”

Bukan Sekadar Motor, Ini Budaya.

Motormaniac pada tahun ini bukan sekadar tentang gaya permotoran, tetapi mencerminkan sebuah budaya yang menghubungkan komuniti automotif, muzik, dan gaya hidup jalanan.

Perbezaan MotorManiac pada tahun ini kami mebawakan lebih dari satu aktiviti.

Motor maniac 5 (1).webp

Bagi memberikan pengalaman baharu, MotorManiac memperkenalkan konsep automotive carnival, di mana kumpulan kereta yang dipamerkan akan berarak secara rolling group, bukan sekadar pameran statik seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sebagai kemuncak MotorManiac tahun ini , pengunjung juga dihiburkan dengan konsert yang menampilkan artis terkenal tanah air seperti Alyph, Eemrun, 53Universe dan Dannqrack.

Selain itu banyak streetwear daripada anak tempatan turun hadir menghebohkan acara ini seperti Super Sunday, Abstrax, Headers, dan Choii Motosport.

Tidak ketinggalan, buat peminat diecast dan model kereta, MotorManiac kali ini turut menampilkan Diecast Expo yang menghimpunkan pelbagai koleksi eksklusif.

Akhir sekali, MotorManiac 2025 turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai penaja dan rakan rasmi yang membawakan tawaran eksklusif hanya untuk acara kali ini. Antara yang menarik ialah:

  • Astra -- Sempena MotorManiac, Astra membawakan pelbagai barangan menarik termasuk pengelap cermin kereta dan bateri kereta Astra daripada pelbagai model kereta.
  • Biru -- Biru menawarkan pakej insurans GPA Takaful percuma kepada pengguna bateri Astra, melalui platform Biru Ia meliputi perlindungan kemalangan. Perlindungan GPA merangkumi pampasan sehingga RM7,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan dan RM7,000 bagi hilang upaya kekal menyeluruh. Ia juga menyediakan bayaran sebanyak RM2,000 untuk perbelanjaan pengebumian serta RM500 bagi kos perkhidmatan ambulans.
  • Kopi Saigon – Kopi Saigon menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan barangan eksklusif yang belum pernah dilancarkan sebelum ini.
  • Driveo – Platform pengurusan pemilikan kenderaan ini tampil dengan booth interaktif berhampiran pentas utama Bateriku. Pengunjung boleh menikmati tawaran istimewa termasuk sticker edisi khas, pameran kereta Porsche 911, serta peluang menebus bateri renewal dan diskaun eksklusif.
  • Petronas Syntium – Menawarkan promosi minyak pelincir dengan harga terbaik. Booth ini juga menampilkan kerjasama bersama Brembo dan F Tune Racing, simulator lumba interaktif, serta peluang memenangi barangan eksklusif Lewis Hamilton dan George Russell. Lokasinya strategik, iaitu berhadapan Bboy Playground Stage.
  • High Cultured – Menyediakan kolaborasi unik bersama rapper dan merchandise Art of Speed. Di booth ini, pengunjung boleh menyertai permainan interaktif untuk memenangi baucar, stoking, topi dan t-shirt.
  • Kahf– Mempromosikan rangkaian penjagaan diri dengan pelbagai tawaran menarik seperti beg tandas percuma dengan pembelian RM50 ke atas, jersi eksklusif dengan pembelian RM100 ke atas, serta Hot Wheels percuma dengan pembelian RM30 ke atas.
  • Mr. Absorber– Hadir dengan promosi menarik termasuk potongan harga sehingga RM800 untuk adjustable Pro Expert, tawaran produk suspension, lucky draw dan hadiah percuma. Booth ini berhadapan dengan booth utama Motor Maniac.
  • GGR Motor– Menampilkan model Lion G1 dengan harga serendah RM2,054. Pengunjung boleh menempah terus di booth dan memilih pakej Type B, Type C atau Type D.
  • Sarman Printing – Sebagai Official Printing Partner, Sarman Printing membawakan koleksi percetakan kreatif seperti paper bag, lightbox dan poster. Booth ini juga dimeriahkan dengan pameran kereta ikonik seperti Evo6, GTR, FL5 dan Subaru.

Selain itu, Motor Maniac 2025 turut meraikan pencapaian komuniti automotif dengan penyampaian anugerah khas mengikut kategori.

Senarai Pemenang Pertandingan:

  • 2step competition: Downshift
  • Limbo competition: Downshift
  • Best JDM Car: Moonlight
  • Best MDM Car: Narock garage
  • Best Stand Car: Indiscrete
  • Best Wrap: Indiscrete
  • Best Engine Bay: Hyper race
  • Best Fitment: Indiscrete
  • Most Unique Car: Privatedude
  • Best Concept Car: Retrohavoc
  • Best Wheels: Retrohavoc
  • Best Interior: Bwb
  • Best Air Sus: SFSgarage
  • Cleanest Car: Indescrete
  • Best Tactical Art: Papa seraya
  • Best Livery: Downshift
  • Best Classic Car: Bwb

Motor maniac 2 (1).webp

Fokus juga turut diberikan kepada barangan eksklusif MotorManiac X Headers, iaitu koleksi pakaian edisi khas yang hanya boleh didapati sempena acara kali ke-4 ini. Menariknya, setiap pembelian barangan akan disertakan dengan undian untuk penyertaan dalam cabutan bertuah.

Hadiah utama yang menjadi tumpuan ialah tiga unit moto EV GGR Lion 1, model elektrik baharu yang dilancarkan bulan lalu. Peluang untuk memenangi motosikal ini turut terbuka melalui pembelian voucher servis Bateriku bernilai RM40, dengan setiap dua voucher melayakkan pembeli kepada satu tiket cabutan.

“MotorManiac tidak akan wujud tanpa komuniti yang sentiasa bersama sejak hari pertama. Acara ini adalah kejayaan bersama komuniti, rakan kerjasama, media dan semua yang percaya kepada visi kami,” kata penganjur.

Satu Hari, Satu Sejarah dengan puluhan ribu pengunjung, MotorManiac 2025 diyakini telah mencipta sejarah baharu sebagai festival automotif berpengaruh di Malaysia merentasi dunia automotif, budaya jalanan, muzik dan fesyen.

Motor maniac 5 (2).webp

Avatar

Ashraf Manaf

Let’s share to:

Seterusnya