12 Jun 2026

Perodua C2 buka lembaran baru EV di KLIMS 2026

Cover image

Perodua di pentas KLIMS 2026 umumkan kembara pembangunan EV mereka yang seterusnya. Perodua C2 kesinambungan kepada konsep EM-O yang diumumkan dalam tahun 2023. Tiada sebarang maklumat teknikal dikongsi Perodua setakat ini sebaliknya mereka di KLIMS2 kongsikan konsep disebalik C2.

Konsep Perodua C2

Menurut Perodua, C2 akan jadi sebagai satu komponen dalam ekosistem mobiliti iaitu integrasi di dalam aplikasi P-Circle. Kereta ini berhubung dengan perkhidmatan digital seperti pengecas, kemas kini trafik, e-wallet, sokongan selepas pembelian, dan banyak lagi.

260612-bateriku-peroduac2klims2026 02.webp

Lagi tentang teknologi, C2 dimaklumkan sarat dengan ciri bantu pandu AI seperti navigasi bantuan AI, parking automatik guna AI, keselamatan kenderaan yang maju. Namun, semua yang dinyatakan masih dalam bentuk konsep dan tiada butiran teknikal ada untuk sahkannya.

260612-bateriku-peroduac2klims2026 03.webp

Perodua C2 di lantai pameran KLIMS 2026

Di lantai pameran, konsep C2 yang boleh pengunjung lihat adalah sangat futuristik. Pelaksanaannya pun nampak seperi untuk pameran berbanding sebuah kereta prototaip cukup sifat. Elemen utama seperti roda, pintu, dan kabin dalaman tiada perincian.

260612-bateriku-peroduac2klims2026 04.webp

Tentang ruang kabin, perekanya terapkan rekaan berani seperti kerusi pemandu boleh berputar dan stereng jenis yoke. Tuil untuk beri isyarat membelok pun tiada. Nampak menarik tapi ini jelas menunjukkan yang ia adalah eksperimen dan hampir pasti bukan untuk kereta pasaran massa.

260612-bateriku-peroduac2klims2026 05.webp

Perodua ambil iktibar daripada QV-E?

Beralih ke perspektif yang lebuh luas, Perodua mulakan perjalanan EV mereka dalam tahun 2023 melalui konsep EM-O diikuti dengan penjualan Perodua QV-E dalam bulan Disember 2025.

Perodua QV-E di pusat pameran Glenmarie

EV pertama Perodua ini guna model Batteri-as-a-Service iaitu bateri disewa secara bulanan pada RM275. Walaupun harga keretanya RM80,000, konsep sewa bateri ini terima reaksi bercampur baur kerana ia meningkatkan kos pemilikan jangka panjang.

Sejak dilancarkan hingga Mei 2026, QV-E mencatatkan 182 pendaftaran ataupun 30 unit purata bulanan.

Dengan pengumuman C2 2026, adakah kita akan saksikan penjualan C2 dalam tahun 2028?

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya