Pasaran Malaysia telah menerima SUV lasak baharu, kali ini daripada Jatour. Model yang dibawa masuk adalah Jetour T2 yang menampilkan rekaan kekotak seperti Jeep Wrangler, Ford Bronco, dan yang seangkatan dengannya. Ia turut menampilkan banyak teknologi canggih untuk keselamatan dan juga keselesaan. Pengguna Malaysia kini ada lebih banyak pilihan SUV lasak bergaya jika dah rasa bosan dengan produk crossover yang sedia ada.

Harga Jetour T2 di Malaysia
Jetour membawa satu varian T2 ke dalam pasaran Malaysia. Tanda harga yang diberikan kepada model ini adalah RM156,800 (tanpa insurans). Sebagai promosi, golongan pembeli awal Jetour T2 akan terima rebat RM2,000 ke atas harga jualan kenderaan untuk jadikan harga jualan turun kepada RM154,800. Promosi ini terhad kepada 3,000 pendaftaran terawal.

Pemerhati pasaran teruja dengan harga jualan model ini kerana berdasarkan spesifikasi teknikal, ia bersaing rapat dengan GWM Tank 300 yang jauh lebih mahal pada harga hampir RM250,000
Setiap Jetour T2 dilindungi jaminan 7 tahun ataupun 150,000km tetapi enjinnya dilindungi jaminan lebih panjang. Sebarang masalah enjin boleh dituntut menerusi jaminan 10 tahun ataupun 1,000,000km, mungkin yang pertama seumpamanya dalam pasaran. Pemilik juga menikmati 5 sesi penyelenggaraan percuma yang merangkumi alat ganti dan upah.

Spesifikasi Jetour T2 di Malaysia
Bermula daripada luar, Jetour T2 adalah sebuah SUV segment C. Ukur badannya adalah 4,785mm (panjang), 2,006mm (lebar), dan 1,870mm (tinggi). Kalau anda rasa Honda CR-V dah besar, Jetour T2 adalah lebih besar. Ia berada dalam kalangan model seperti GWM Tank 300, Toyota Fortuner, Haval Raptor, Omoda C9, Tiggo 8 Pro, dan Toyota Harrier.

Badan bagur T2 digerakkan oleh sebuah enjin diesel turbo. Kapasitinya adalah 2.0L yang menjana kira-kira 242hp (180kW) kuasa dan 375Nm tork sebelum menyalurkannya kepada semua tayar 19” depan dan belakang menggunakan kekotak transmisi 7 kelajuan DCT.
Sewaktu memandu, pengguna boleh pilih beberapa mode pemanduan untuk disuaikan dengan permukaan jalan (Normal, Eco, Sport, Snow, Mud, Sand, Rock) ataupun guna X-Smart untuk biarkan sistem kenderaan lakukan pilihan secara pintar. Kadar penggunaan minyak kenderaan ini diiklankan pada kira-kira 12.7km/L.

Ruang kargo yang disediakan Jetour untuk model ini adalah 580L tapi boleh diluaskan kepada 1,494L apabila kerusi belakang dilipat. Di bahagian dalam, sistem inforia berskrin sebesar 15.6” ada dan ia sokong kedua-dua Apple CarPlay dan Android Autio secara wayarles. Ada juga paparan kluster instrument 10.3” untuk kemudahan pemandu mendapatkan maklumat pemanduan.
Dalam kategori keselesaan, kerusi pemandu dan penumpang hadapan dilengkapi fungsi hembusan udara dan berkuasa elektrik dengan fungsi memori. Di atas kepala penumpang, pemandangan luar boleh dinikmati menerusi siling kaca dan bila malam tiba, ruang kabin disinari lampu LED yang boleh berubah warna sambil ditemani bunyi daripada 12 unit speaker yang diletakkan di tempat-tempat strategik.

Ciri keselamatan yang ada di Jetour T2 cukup untuk layakkannya terima penarafan ASEAN NCAP 5 bintang. ADAS Tahap 2 model ini mengandungi autonomous emergency braking, adaptive cruise control, lane assist, blind spot monitoring, rear cross traffic alert, dan banyak lagi. Ada juga kamera keliling untuk permudah pemanduan berkelajuan rendah.
Bateri Astra untuk Jetour T2
Jetour T2 menggunakan bateri 12V yang sama yang boleh ditemukan di siri Chery Tiggo 8 dan Tiggo 7 iaitu AGM LN3. Spesifikasi asal bateri model ini adalah 12V dengan kapasiti 70Ah dan CCA 720A.

Bateri Astra Jetour T2 yang paling sesuai adalah Astra DIN70 (LN3) AGM.

*harga adalah tepat sewaktu artikel ditulis
Dapatkan Bateri Untuk Semua Jenis Kenderaan Di Bateriku
Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on-demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

