Dalam dunia automotif moden, Dashboard atau papan pemuka kereta memainkan peranan yang amat penting bukan sekadar kuasa memandu, tetapi sebagai sistem maklumat awal kepada pemandu tentang keadaan kenderaan. Ikon atau penunjuk pada Dashboard berfungsi sebagai perantara bagi kenderaan dan pemandu.
Apabila satu simbol menyala, ia memberi amaran, petunjuk atau status fungsi yang sedang diaktifkan. Tanpa kefahaman tentang indikator ini, pemandu mungkin terlepas tanda awal kerosakan atau potensi bahaya yang boleh dielakkan.
Kereta atau kenderaan bermotor tidak boleh bercakap jadi dengan adanya indikator dan simbol pada Dashboard merupakan penyelesaian untuk memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik.
Ketahui 9 Indikator Penting Untuk Elak Kepala Pening
Dalam senarai ini, kami kongsikan antara indikator, ikon atau simbol penting pada papan pemuka kereta (Dashboard) yang perlu diberi perhatian segera. Setiap lampu amaran membawa makna tersendiri dan berfungsi sebagai isyarat awal sebelum kerosakan menjadi lebih serius atau menjejaskan keselamatan pemanduan.
Sekiranya lampu indikator menyala semasa anda memandu, jangan abaikan ia mungkin petanda masalah pada sistem utama kenderaan seperti enjin, brek, bateri atau suhu enjin. Tindakan pantas boleh mengelakkan kerosakan besar dan menjamin keselamatan anda di jalan raya.
1. Periksa Engine (Check Engine)

Ciri Indikator: Ikon berbentuk enjin atau kadang-kadang bertulisan “CHECK ENGINE”.
Bila Indikator Menyala:
- Selalunya menyala apabila sistem pemantauan enjin atau emisi (ECU) mengesan ralat.
- Dalam sesetengah kes ia boleh berkelip (flashing) yang menandakan kerosakan serius.
Apa Masalah Jika Menyala:
- Bermula dari masalah kecil seperti skru longgar pada enjin, kepada masalah besar seperti sistem enjin yang gagal, sensor oksigen rosak. Jika terus dipandu dalam keadaan ini, risiko kerosakan enjin meningkat.
Kenapa Indikator Menyala:
- Sensor enjin memetik bacaan di luar bacaan normal.
- ECU mengesan fungsi tak mencapai sasaran pembakaran.
Cara Menyelesaikan:
- Hanya Bengkel dengan kelengkapan lengkap dengan OBD mampu menyelesaikan masalah ini.
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Kereta mungkin masuk “limp mode” atau kuasa enjin berkurang.
- Kerosakan lebih mahal seperti enjin perlu dibongkar (Overhall).
Lampu “Check Engine” sering menjadi tanda tanya bagi setiap pemilik kereta dan juga motorsikal. Daripada sekecil‐kecil masalah seperti penutup minyak enjin tidak ketat kepada masalah besar yang terdapat pada nadi kereta anda. Bagi menyelesaikan masalah ini anda perlu berjumpa dengan mekanik yang betul‐betul berkemahiran dalam mendiagnosis enjin kereta anda
2. Lampu Indikator Bateri

Ciri Indikator: Ikon berbentuk bateri yang sering muncul dalam warna merah atau kuning.
Bila Indikator Menyala:
- Menyala apabila sistem pengecasan kereta alternator atau bateri dikesan bermasalah.
Apa Masalah Jika Menyala:
- Bateri sudah lemah atau alternator tidak mengecas. Walaupun kereta masih boleh dihidupkan buat sementara, terus memandu dalam keadaan ini boleh menyebabkan enjin mati secara tiba-tiba.
Kenapa Indikator Menyala:
- Bateri sudah perlu ditukar.
- Alternator rosak atau tali sawat pengecasan longgar.
- Sambungan bateri berkarat atau longgar.
Cara Menyelesaikan:
- Berhentikan kenderaan, periksa sambungan bateri.
- Uji alternator dan bateri di bengkel.
- Ganti bateri atau alternator jika perlu.
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Kereta boleh mati secara tiba-tiba di tengah jalan.
- Mungkin memerlukan towing, menambah kos dan masa.
Bagi Lampu Indikator berbentuk bateri, sudah jelas seperti bentuknya menunjukkan kereta anda mempunyai masalah bateri sama ada bateri sudah lemah atau rosak. Jangan tertipu dengan kereta yang masih boleh dihidupkan, lampu indikator ini menyala untuk memberi amaran bateri anda akan rosak. Jika anda mengabaikan lampu indikator ini untuk jangka masa lama, kereta anda mungkin tidak akan dapat dihidupkan lagi. Masalah kecil membawa kepada masalah yang lebih besar.
3. Sistem Brek

Ciri Indikator: Ikon boleh berbentuk lingkaran dengan tanda seru di tengah, atau tulisan “BRAKE”. Warna merah atau kuning.
Bila Indikator Menyala:
- Menyala apabila brek parkir masih aktif atau berlaku kerosakan sistem brek (contoh: paras minyak brek rendah atau pad brek haus).
Apa Masalah Jika Menyala:
- Risiko kehilangan kuasa brek atau brek tidak berfungsi secara optimum. Ini berbahaya terutama pada brek
Kenapa Indikator Menyala:
- Brek parkir tidak dilepaskan.
- Cecair brek rendah atau sistem bocor.
- Pad brek telah haus melampau.
Cara Menyelesaikan:
- Pastikan brek parkir telah dilepaskan sepenuhnya.
- Periksa cecair brek dan tambah jika perlu.
- Bawa ke mekanik untuk pemeriksaan pad/hos brek dan kaliper.
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Brek menjadi kurang responsif.
- Risiko kemalangan meningkat akibat brek gagal.
Kita selalu bercakap tentang 0-100km/h tetapi 100-0km/h juga penting. Sekiranya sistem brek anda dalam keadaan baik dari pedal brek sampai ke pad brek anda tidak perlu risau. Tetapi, sekiranya lampu brek anda menyala anda perlu berhati-hati. Brek adalah ciri keselamatan yang paling asas bagi kenderaan bermotor. Sekiranya lampu brek anda bermasalah seperti berlakunya kebocoran pada hos brek atau pun masalah pada kaliper brek anda perlu mengambil tindakan segera tanpa melengah-lengah masalah tersebut.
4. Indikator Minyak Enjin / Tekanan Minyak

Ciri Indikator: Ikon berbentuk cawan minyak dengan titisan atau tulisan “OIL”.
Bila Indikator Menyala:
- Menyala bila tekanan minyak terlalu rendah atau paras minyak enjin kurang.
Apa masalah jika menyala:
- Enjin mungkin kekurangan pelincir, menyebabkan komponen enjin seperti piston atau silinder tersentuh tanpa pelincir yang boleh menyebabkan kerosakan serius.
Kenapa Indikator Menyala:
- Paras minyak enjin rendah.
- Pam minyak rosak atau sistem tekanan minyak gagal.
- Kebocoran minyak enjin.
Cara Menyelesaikan:
- Hentikan kenderaan dengan selamat dan biarkan sejuk sebentar.
- Periksa paras minyak enjin dan jika rendah, tambah minyak yang sesuai.
- Jika indikator masih menyala selepas tambah minyak, hantar ke bengkel.
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Enjin boleh terhakis atau ‘jammed’.
- Kos pembaikan meningkat dengan cepat.
Sekiranya anda memang menjaga kereta dengan baik, lampu ini bukanlah satu masalah besar tetapi lampu indikator ini boleh menyala disebabkan dua kemungkinan utama: tekanan minyak dalam enjin dan paras minyak yang berkurangan. Jika lampu minyak ini menyala semasa anda sedang memandu, anda perlu berhenti sebentar sehingga kereta sejuk dalam 10-15 minit dan periksa paras minyak enjin kereta anda. Sekiranya paras minyak kereta anda rendah anda perlu menambah minyak enjin kereta anda dan cuba hidupkan semula kereta anda. Sekiranya indikator terpadam maka anda bernasib baik. Sekiranya lampu masih menyala, maka anda perlu merujuk kepada mekanik berhampiran anda masalah kecil boleh menyebabkan enjin kereta mengalami kerosakan besar seperti enjin bercalar atau enjin jammed.
5. Suhu

Ciri Indikator: Ikon berbentuk termometer di atas wap atau gelombang air, atau jarum suhu naik ke bahagian merah.
Bila Indikator menyala:
- Apabila enjin mencapai suhu terlalu tinggi atau sistem penyejukan gagal.
Apa Masalah Jika Menyala:
- Enjin terdedah kepada kepanasan melampau piston boleh rosak, gasket bocor atau blok silinder mengembang.
Kenapa Indikator Menyala:
- Cecair penyejuk pada takat rendah atau bocor.
- Kipas radiator gagal berfungsi.
- Termostat rosak atau sistem penyejukan tersumbat.
Cara Menyelesaikan:
- Hentikan kereta dengan selamat, matikan enjin dan biarkan sejuk.
- Periksa paras cecair penyejuk selepas enjin sejuk.
- Jika perlu, hubungi trak penunda atau bengkel.
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Kerosakan enjin besar seperti head gasket pecah atau blok enjin retak.
Imej seperti bendera di atas air sebenarnya adalah merujuk kepada thermometer. Lampu indikator ini sama ada menyala atau jarum naik sehingga menunjukkan ke arah thermometer itu menandakan enjin anda berada dalam keadaan stress dan kepanasan melampau. Ini terjadi mungkin kerana cecair penyejuk enjin anda sudah di paras rendah ataupun berlaku kebocoran pada sistem penyejukkan kereta anda seperti kebocoran hos. Anda perlu terus berhentikan kereta anda kerana jika kepanasan melampau, kereta anda akan rosak terutama pada bahagian piston dan gasket kereta anda yang menyebabkan anda terpaksa berbelanja lebih untuk membaiki kereta terbaik. Cara terbaik adalah telefon trak penunda untuk memastikan kereta anda dalam keadaan yang baik.
6. Traction Control

Ciri Indikator: Ikon berbentuk kereta dengan gelombang di bawahnya atau jalan berliku-liku, biasanya berwarna kuning/orange.
Bila Indikator menyala:
- Menyala apabila sistem kawalan traksi mengesan bahawa salah satu roda tergelincir akibat jalan basah atau licin.
Apa Masalah Jika Menyala:
- Sistem traksi mungkin aktif kerana kondisi jalan licin ini boleh mengurangkan kestabilan. Jika terus menyala dalam kondisi normal, mungkin sensor rosak atau sistem gagal.
Kenapa Indikator Menyala:
- Jalan licin atau basah menyebabkan roda tergelincir.
- Sensor kecepatan roda rosak atau sistem bermasalah.
Cara Menyelesaikan:
- Jika pada kondisi basah/bergelincir, kurangkan kelajuan, aktifkan pemanduan berhati-hati.
- Jika ikon menyala ketika jalan kering dan normal, bawa kereta ke mekanik untuk pemeriksaan sensor.
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Hilang kestabilan kenderaan dalam keadaan licin atau hujan.
Ikon kereta dengan jalan berliku berwarna kuning atau jingga. Jika ikon ini membawa makna sistem kereta cuba untuk mengelak kereta anda dari tergelincir disebabkan hujan. Sekiranya anda memecut sedikit laju pada waktu hujan ikon ini akan menyala dan menjadikan kereta anda stabil ketika memandu. Jika ikon ini menyala pada waktu panas dan kering maka kereta anda kemungkinan terdapat masalah pada sensor kelajuan bawalah kereta anda kepada mekanik berdekatan.
7. Tekanan Angin Tayar

Ciri Indikator: Ikon berbentuk tayar dengan tanda seru di tengah.
Bila Indikator menyala:
- Apabila sistem TPMS (Tyre Pressure Monitoring System) mengesan tekanan tayar rendah atau sensor tayar bermasalah.
Apa Masalah Jika Menyala:
- Tekanan tayar rendah boleh menyebabkan kestabilan kenderaan berkurang, penggunaan bahan api meningkat atau bunga dan dinding tayar cepat rosak.
Kenapa Indikator Menyala:
- Tekanan tayar bawah had standard.
- Kebocoran tayar atau sensor TPMS rosak.
Cara Menyelesaikan:
- Segera parkir dan periksa tekanan tayar.
- Tambah angin tayar ke paras yang disarankan pengeluar.
- Jika ikon masih menyala selepas pemeriksaan, periksa sensor TPMS.
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Tayar cepat rosak atau pecah semasa memandu.
- Risiko kemalangan meningkat
Tahap tekanan Angin yang mencukupi adalah sangat penting kerana tayar adalah satu satunya kompenen yang menghubungkan antara kenderaan dengan permukaan jalan. Sekiranya tekanan tayar berada pada paras berlebihan atau tidak mencukupi akan menyebabkan kawalan kenderaan menjadi kurang selesa dan mendatangkan bahaya ketika memandu dan juga boleh menyebabkan kerugian kerana keroskaan pada dinding tayar lebih cenderung untuk berlaku.
8. Sistem Brek Anti-Kunci (Anti-Lock Braking System)

Ciri Indikator: Ikon “ABS” di dalam bulatan.
Bila Indikator Menyala:
- Sistem ABS mengesan gangguan mungkin sensor roda, modul ABS atau sistem hidraulik tidak bekerja.
Apa Masalah Jika Menyala:
- Walaupun sistem brek asas masih berfungsi, fungsi ABS (yang mengelakkan roda mengunci ketika membrek) mungkin tidak aktif terutama bahaya di jalan licin.
Kenapa Indikator Menyala:
- Sensor roda rosak atau tidak membaca.
- Modul ABS gagal atau sistem elektronik terganggu.
Cara Menyelesaikan:
- Kenderaan boleh terus digunakan, tetapi berhati-hati dalam keadaan licin.
- Bawa ke bengkel untuk diagnosa dan pembaikan.
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Risiko kehilangan kawalan semasa membrek kuat, terutama dalam cuaca basah atau licin.
ABS ialah teknologi penting dalam sistem brek kereta yang membantu kenderaan berhenti tanpa menggelongsor, terutamanya di jalan licin atau semasa membrek secara mengejut. Jadi, walaupun pemanduan anda tidak setangkas Max Verstappen, Lewis Hamilton atau Valentino Rossi, sistem ABS tetap memainkan peranan besar untuk keselamatan. Pastikan sistem ini sentiasa berfungsi dengan baik agar brek kereta anda sentiasa responsif dan stabil dalam apa jua situasi pemanduan.
9. SRS Airbag
 Ciri Indikator: Ikon berbentuk orang duduk dengan bulatan di hadapan dada, melambangkan beg udara keselamatan. Biasanya berwarna merah atau kuning dan muncul pada panel meter sebaik enjin dihidupkan.
Ciri Indikator: Ikon berbentuk orang duduk dengan bulatan di hadapan dada, melambangkan beg udara keselamatan. Biasanya berwarna merah atau kuning dan muncul pada panel meter sebaik enjin dihidupkan.
Bila Indikator Menyala:
- Lampu akan menyala seketika apabila enjin dihidupkan sebagai tanda sistem melakukan pemeriksaan kendiri (self-check). Jika ikon kekal menyala selepas beberapa saat, itu menunjukkan terdapat masalah pada sistem beg udara (airbag system).
Apa Masalah Jika Menyala:
- Sistem airbag mungkin tidak akan berfungsi semasa kemalangan atau boleh teraktif secara tidak sengaja, menjejaskan keselamatan pemandu dan penumpang.
Kenapa Indikator Menyala:
- Sambungan wayar atau penyambung di bawah tempat duduk longgar.
- Sensor hentakan rosak atau gagal mengesan impak.
- Modul SRS rosak atau belum diganti selepas kemalangan kecil.
- Voltan bateri tidak stabil atau terlalu rendah.
- Masalah komunikasi antara modul utama dan sensor airbag.
Cara Menyelesaikan:
- Jika ikon kekal menyala, bawa kenderaan ke bengkel bertauliah untuk pemeriksaan menggunakan alat pengimbas OBD-II.
- Juruteknik akan semak kod ralat dan periksa sambungan wayar, sensor serta modul SRS.
- Elakkan cuba baiki sendiri kerana sistem ini sensitif dan boleh mencetuskan pengaktifan airbag secara tidak sengaja.
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Beg udara tidak akan berfungsi semasa kemalangan, meningkatkan risiko kecederaan serius.
- Sistem keselamatan kenderaan menjadi tidak efektif.
- Dalam kes tertentu, airbag boleh teraktif tanpa sebab, membahayakan pemandu dan penumpang.
Ikon SRS beg udara adalah antara simbol paling penting yang tidak boleh diabaikan. Ia bukan sekadar amaran, tetapi tanda bahawa sistem keselamatan utama kenderaan anda sedang bermasalah. Jika ia menyala berterusan, segera dapatkan pemeriksaan di bengkel atau pusat servis berdaftar seperti bgarage untuk memastikan sistem airbag berfungsi sepenuhnya sebelum meneruskan pemanduan.
Ikon Bateriku

Ciri Indikator: Huruf B dengan kilat serta tulisan BATERIKU.COM berwarna hitam dengan latar belakang hijau.
Bila Indikator Menyala:
- Indikator ini bermakna kereta rosak ditepi jalan, dan anda perlukan bantuan segera. Hubungi Bateriku segera.
Cara Menghubungi:
- Terus ke Bateriku. untuk dapatkan bantuan segera.
Kenapa Hubungi Bateriku: sekiranya anda dalam masalah
- bateri kereta kong dan perlu penukaran segera.
- kereta rosak tepi jalan dan perlukan trak penunda.
- kunci hilang atau kereta terkunci
- minyak habis
Kesan Jika Tidak Ambil Tindakan:
- Anda dan kereta anda tersadai di tepi jalan.
- Dicaj ribuan ringgit oleh Longkai tidak bertauliah
- Risiko Keselamatan (kawasan tepi jalan/lebuhraya)
- Ketakutan (waktu malam di jalan sunyi)
Dari tepi jalan hingga ke depan rumah, Bateriku sentiasa ada untuk membantu anda. Cepat, mudah dan dipercayai.

