26 Feb 2026

5 Tips Elak Diri Jadi Mangsa Scam Telefon

Cover image

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK PDRM) melaporkan yang kes penipuan telefon menunjukkan peningkatan dalam bulan Januari 2026 berbanding tahun sebelumnya. Untuk tempoh tersebut, sebanyak RM27 juta kerugian telah direkodkan yang meliputi 481 kes. Ia adalah penokokan kes sebanyak 46% dan kerugian sebanyak 58%.

260223-bateriku-scammer awareness 01.webp

Sumber: Jabatan Siasatan Komersial

Trend ini amat membimbangkan kerana Bateriku turut mengesan beberapa cubaan menipu yang mensasarkan pelanggan kami menerusi telefon. Selain daripada pihak kami mempertingkat kerintangan SOP terhadap sebarang kemungkinan scam, pihak pengguna juga harus memperbaik perisai diri daripada ancaman.

Salah satu daripada kaedah scammer menipu adalah dengan menyamar menjadi penyedia perkhidmatan dan berhubung dengan pelanggan secara terus melalui aplikasi permesejan. Percubaan menipu ini biasanya melibatkan permohonan pembayaran palsu sama ada dengan servis perbankan dalam talian ataupun kd QR. Mereka mengeksploitasi situasi pengguna yang dalam kecemasan untuk mempercepat transaksi.

5 Tips Elak Jadi Mangsa Scam

Untuk keselamatan pengguna Bateriku, ini adalah 5 tips praktikal yang boleh anda amalkan untuk hindari diri daripada jadi mangsa scam.

1. Hanya Bayar Selepas Bateri Dipasang

Kalau anda gunakan kaedah pembayaran menggunakan wang tunai ataupun e-wallet, pastikan hanya lakukan transaksi selepas bateri dipasang. Sekiranya ada yang hubungi anda untuk lakukan transaksi pembayaran sebelum pemasangan bateri dilakukan, itu adalah red flag.

260223-bateriku-scammer awareness 05.webp

2. Sahkan Identiti Orang Yang Menghubungi

Pastikan anda kenal dengan orang yang menghubungi anda. Sebarang WhatsApp ataupun SMS yang katanya mewakili Bateriku, telebuh dahulu sahkan identiti pemanggil terlebih dahulu. Balik kepada tips 1 sekiranya diminta untuk melakukan sebarang perpindahan wang. Selain perpindahan wang, jangan kongsi apa-apa maklumat peribadi dengan orang yang tidak dikenali.

3. Periksa Kod QR Sebelum Muktamadkan Urus Niaga

Kod QR juga boleh dimanipulasi. Mungkin secara visualnya nampak seperti kod QR rasmi Bateriku. Tetapi orang tak bertanggungjawab boleh ambil kesempatan dengan menukar kod QR supaya transaksi pergi ke akaun peribadi. Maka dengan sebab itu, selepas mengimbas kod QR dan sebelum tekan butang muktamad, pasitkan anda sedang pindahkan wang ke akaun yang sebetulnya.

260223-bateriku-scammer awareness 02.webp

4. Jangan Kongsi Sebarang Maklumat Perbankan

Phishing melibatkan penjenayah memancing pengguna untuk kongsikan maklumat sensitif yang akan diguna untuk menyedut wang daripada akaun mangsa. Isu ini sangat sukar untuk pihak bank banteras kerana di pihak mereka, transaksi dilihat sebagai dilakukan pemegang akaun kerana maklumat-maklumat ini sepatutnya hanya diketahui pemilik akaun. Jadi, dalam apa jua keadaan, jangan kongsi apa-apa maklumat sensitif dengan orang tak dikenali.

260223-bateriku-scammer awareness 03.webp

5. Laporkan Apa-Apa Aktiviti Mencurigakan

Banteras scam adalah tanggungjawab bersama. Aduan anda tentang cubaan menipu mungkin akan jadi penyelamat kepada yang lain daripada menjadi mangsa. Andainya terdapat keraguan, hentikan sebarang komunikasi dengan suspek, hubungi terus syarikat yang anda ingin dapatkan perkhidmatan dan laporkan kepada pihak berkuasa.

Bateriku Benci Scam

Penipuan mendatangkan masalah kepada semua orang. Pengguna kerugian wang, penyedia perkhkdmatan pula terjejas imejnya. Scammer sangat cekap menyamar, eksploitasi kesusahan, dan ambil kesempatan atas kekeliruan orang. Oleh sebab itu, pengguna diingatkan untuk:

Sahkan dahulu. Bayar kemudian, Hanya guna saluran rasmi.

Kuncinya adalah untuk kekal tenang dan ambil masa untuk pertimbangkan sama ada anda berurusan dengan pihak yang betul ataupun scammer.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya