21 Aug 2026

14 Tayar Senyap untuk Pemanduan Jalan Malaysia

Cover image

Tayar kereta satu-satunya komponen yang sentuh jalan raya dan bawa anda bergerak. Selain keselamatan, keselesaan juga adalah faktor penting bila nak pilih tayar. Pada segi keselesaan, tayar yang baik boleh kurangkan gegaran dan bunyi bising bila anda pandu di permukaan tak rata atau kasar jalan raya Malaysia. Pengeluar tayar berlumba-lumba kaji untuk hasilkan tayar senyap.

Senarai di bawah mengandungi 14 tayar pelbagai jenama yang ada teknologi basmi bunyi bising. Produk-produk yang dipilih adalah dalam kalangan harga patut dan sesuai digunakan pengguna kebanyakan.

Tayar senyap di Malaysia pelbagai jenama

1. Michelin Primacy 5 & Primacy 5 Energy

Michelin Primacy 5 adalah tayar kelas pertengahan di atas varian XM2+. Primacy 5 Energy pula adalah varian yang lebih fokus pada kecekapan bahan api berbanding Primacy 5 biasa kerana ia ada teknologi Energy Passive 2.0 dan Slim Belt untuk kurangkan rintangan golek.

260821-bateriku-quiet tyres worth buying malaysia michelin primacy 5 energy.webp

Daripada segi senyap, kedua-duanya ada Acoustic Technology dan Silent Rib Gen 3 untuk pemanduan yang lebih senyap tapi untuk pengguna EV, disarankan untuk ambil yang varian Energy untuk 6% lebih penjimatan tenaga ataupun 10% lebih jarak gerak.

2. Continental PremiumContact 6 & MaxContact 6

Continental PremiumContact 6 (PC6) adalah tayar harian yang gunakan materi kaya silika yang diformulasi untuk pemanduan jalan basah tanpa jejaskan keupayaan brek. Ia ada jarak perbatuan lebih panjang dan 5% lebih rendah rintangan golek berbanding model terdahulu. Ini adalah tayar kelas pertengahan di atas ComfortContact 6 (CC6).

260821-bateriku-quiet tyres worth buying malaysia continental permiumcontact 6.webp

MaxContact (MC6) adalah tayar untuk SUV dan ada ciri-ciri tayar prestasi tinggi tapi pada harga mampu milik. Ia ada teknologi Xtreme-Force yang hindar tayar daripada kendur sewaktu selekoh. Harganya lebih tinggi daripada PC6 kerana ada prestasi jalan kering dan basah lebih baik.

3. Goodyear Assurance ComfortTred, Eagle EfficientGrip & EfficientGrip SUV

Tayar senyap paling mampu milik daripada Goodyear adalah Assurance ComfortTred. Ia ditujukan pada pemanduan harian dalam pelbagai keadaan jalan raya. Lapisan tambahan ANX Technology bukan saja kurangkan hingar dalam kabin malah ia juga serap gegaran dariapda jalan sebelum sampai ke pemandu.

260821-bateriku-quiet tyres worth buying malaysia goodyear assurance comfortred.webp

Kalau bajet lebih, boleh dapatkan Eagle EfficientGrip ataupun EfficientGrip SUV untuk pemilik kenderaan yang lebih besar. Ia ada manfaat yang sama dengan ComfortTred tapi dengan kelebihan penyerapan hingar lebih baik kerana ada gabungan rekaan bunga tayar yang khusus melalui teknologi “Quite Tred”.

4. Pirelli Cinturato P7

Semua penawaran Pirelli ada teknologi senyap dan dalam spektrum mampu milik, kita ada Pirelli Cinturato P7 yang disediakan untuk kegunaan harian. Selain daripada teknologi PNCS, tayar ini juga ada ciri tambah lain seperti Run Flat dan Seal Inside untuk membantu pengguna di kala kecemasan.

260821-bateriku-quiet tyres worth buying malaysia pirelli cinturato p7.webp

Pirelli Run Flat adalah ciri yang bolehkan tayar dipandu walaupun tanpa tekanan ingin. Ia bolehkan kereta di bawah ke tempat selamat sebelum bantuan tiba. Ciri Seal Inside pula adalah sebatian khas dalam tayar yang akan sumbat lubang akibat bocor secara aktif untuk elakkan tekanan angin berkurang secara mendadak.

5. Hankook Kinergy Eco2 & Kinergy EX H308

Siri Kinergi adalah tayar kelas permulaan daripada Hankook. Dalam siri ini ada dua pilihan varian iaitu Kinergy Eco2 dan Kinergy EX H308.

260821-bateriku-quiet tyres worth buying malaysia hankook kinergy eco2.webp

Tayar paling asas adalah Kinergi EX yang terkenal dalam kalangan pemandu Perodua Bezza dan Proton Saga. Untuk yang ada bajet tinggi sikit boleh pertimbangkan Kinergy Eco2 yang ada prestasi jalan basah lebih baik.

6. Yokohama ADVAN Apex V601 & ADVAN Fleva V701

Dalam keluarga Yokohama, tayar yang ada ciri khusus untuk kurangkan bising adalah ADVAN Apex V601 dan ADVAN Fleva V701. Dalam kategori mampu milik, ADVAN Fleva V701 adalah tayar kelas pertengahan atas untuk kegunaan harian. Ia ada rekaan bunga tayar yang mansuhkan bunyi bising daripada terhasil sewaktu memandu.

260821-bateriku-quiet tyres worth buying malaysia yokohama advan fleva v701.webp

ADVAN Apex V601 pula berada dalam kelas flagship ditujukan untuk kereta prestasi tinggi. Ia guna sebatian silika bergred tinggi untuk rintangan golek rendah tapi cengkaman jalan optimum.

7. Toyo NanoEnergy 3 & Proxes CR1

Toyo NanoEnergy 3 adalah model terbaru dalam siri tayar mampu milik daripada Toyo Tyres. Ia ada sesuai diguna untuk kereta kompak dan sederhana besar dengan fokus pada jarak perbatuan dan kecekapan bahan api. Dah masuk generasi ketiga, ia kini guna sebatian getah yang berikan cengkaman lebih baik.

260821-bateriku-quiet tyres worth buying malaysia toyo proxes cr1.webp

Naik satu tahap, anda boleh pertimbangkan Proxes CR1 yang lebih premium. Ia ada teknologi khas untuk kurangkan bunyi bising jalan dan disertakan pada tayar harga patut. Teknologi seperti T-Mode, Nano Balance Technologu, Silent Wall & Noise Protection semuanya sumbang pada keselesaan sewaktu memandu.

Macam mana pengeluar tayar kurangkan bunyi bising?

Ada macam-macam teknik yang digunakan pengeluar untuk kurangkan bunyi bising yang dihasilkan tayar sewaktu memandu. Ia adalah gabungan antara sebatian khas, rekaan bunga tayar, dan binaan tayar itu sendiri.

Michelin: Acoustic Technology and Silent Rib Gen 3

Michelin mereka ada Acoustic Technology dan Silen Rib Gen 3, dua lencana yang ditampal pada tayar senap mereka. Kedua-dua teknologi ini kurangkan gegaran dan menyerap bunyi dalam tayar.

Continental: ContiSilent

Continental ContiSilent gunakan busa khas polyurethane yang dilapiskan dalam tayar untuk kurangkan penyebaran bunyi keluar daripada tayar. Ia membolehkan Continental kekalkan binaan tayar untuk maksimumkan prestasi dan dalam masa yang sama berikan ciri senyap.

Goodyear: ANX Technology

Sama seperti Continental, Goodyear ANX Technology juga gunakan bahan khas yang ditampal dalam tayar untuk rencatkan hingar sewaktu tayar. bergolek dan dalam masa sama serap gegaran daripada sampai ke pemandu.

Pirelli: Noise Cancelling System

Jenama ketiga yang gunakan busa di dalam tayar adalah Pirelli. Pirelli Noise Cancelling System (PNCS) ada busa yang menyerap hingar dan gegaran akibat cavity noise. Tayar Pirelli jenis ini sesuai untuk penggunaan EV kerana tahan lama.

Hankook: Optimised Tread Design

Hankook mereka tak daftar tanda dagang untuk teknologi akustik mereka. Yang mereka ceritakan adalah cara susun setiap blok bunga, alur dan lurah secara spesifik yang mempengaruhi frekuensi dan amplitud bunyi yang terhasil bila tayar bersentuhan dengan tayar.

Toyo: Silent Technology

Toyo Silent Technology menggabungkan kajian tentang materi, cara binaan, gegaran, dan interaksi tayar dengan permukaan jalan. Mereka tidak sekadar hanya guna getah yang lembut untuk serap bunyi dan gegaran.

Bateri kereta perlukan perhatian anda juga

Cermat dalam pemilihan tayar, anda juga harus cermat sewaktu piilh bateri kereta. Pilih bateri yang padan dengan spesifikasi yang ditetapkan pengeluar. Pastikan juga bateri tahan lasak bila berada dalam keadaan mencabar seperti laluan tak rata jalan raya di Malaysia. Kalau ada ciri tambah macam perlindungan takaful kelompok dan jaminan seluruh Malaysia pun bagus juga.

260401-bateriku-tayar murah malaysia bateri astra.webp

Semua ciri-ciri itu ada dalam bateri ASTRA. Bateri ASTRA menerima pensijilan SIRIM untuk semua 28 SKU yang ditawarkan. Jutaan bateri ASTRA telah memperkasa kereta di Malaysia bermakna ia dihasilkan untuk berikan prestasi yang mantap kepada pemandu.

Rujuk katalog bateri ASTRA untuk maklumat lanjut.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya