Go-Kart di Malaysia semakin popular sebagai aktiviti rekreasi dan sukan permotoran yang sesuai untuk semua peringkat umur. Dari trek indoor moden di Kuala Lumpur dan Selangor hingga litar outdoor yang panjang di kawasan seperti Sepang dan Morib, pengunjung boleh merasai pengalaman perlumbaan sebenar sama ada menggunakan go-kart elektrik mesra alam atau petrol berkuasa tinggi. Banyak lokasi turut menyediakan pilihan kart untuk kanak-kanak, remaja, dan dewasa, menjadikannya aktiviti keluarga yang menyeronokkan.
Go-Kart Malaysia Bartaraf Antarabangsa
Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah edisi sulung FIA Karting World Cup Arrive & Drive, yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa LYL yang baru dibina dari 14 hingga 16 November 2025. Pengumuman rasmi ini dibuat selepas Mesyuarat Tahunan Kedua FIA World Motor Sport Council tahun ini yang diadakan di Macau.
Acara baharu ini menandakan satu pencapaian penting dalam Pelan Go-Kart Global FIA, yang diperkenalkan pada Disember 2024. Inisiatif tersebut bertujuan mengurangkan kos serta memperluas akses kepada sukan permotoran di peringkat akar umbi di seluruh dunia. Penganjuran Arrive & Drive World Cup ini direka bagi mempamerkan model go-kart yang lebih mudah, kos efektif, serta menekankan kesamarataan peralatan dan penyertaan antarabangsa.a
Apa Itu Go-Kart
Go-Kart ialah sebuah kenderaan kecil beroda empat yang direka khas untuk perlumbaan atau aktiviti rekreasi di litar tertutup atau terbuka.
Ia biasanya mempunyai enjin kecil (petrol atau elektrik), casis ringan, dan reka bentuk rendah ke tanah untuk kestabilan semasa membelok.
Beberapa ciri utama go-kart:
- Enjin: Petrol atau elektrik.
- Saiz: Kecil dan ringan, sesuai untuk pemandu kanak-kanak, remaja, atau dewasa bergantung kategori kart.
- Reka bentuk: Roda empat dengan casis rendah untuk pengendalian baik di selekoh.
- Kegunaan: Aktiviti rekreasi, latihan perlumbaan, atau pertandingan rasmi.
- Keselamatan: Memerlukan topi keledar, sarung tangan, dan pakaian sesuai semasa memandu.
Secara ringkas, go-kart ialah cara paling mudah dan menyeronokkan untuk merasai pengalaman memandu perlumbaan tanpa memerlukan lesen kereta penuh.
12 Trek Go-Kart Terbaik di Lembah Klang
Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini, termasuk harga, waktu operasi, dan butiran trek, adalah berdasarkan sumber terkini semasa penulisan. Namun, ia mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut polisi pengendali atau keadaan semasa. Pembaca digalakkan untuk menyemak laman web rasmi atau menghubungi pihak pengurusan trek terlebih dahulu sebelum membuat kunjungan.
1. The LYL Karting (Monkey Canopy, Morib)
The LYL Karting merupakan trek go-kart terpanjang di Asia dengan panjang 1.51KM dan 23 selekoh mencabar. Tempat ini sesuai untuk pelumba amatur hingga profesional serta sesuai juga untuk keluarga dan rakan-rakan yang ingin merasai pengalaman perlumbaan sebenar. Kawasan luas dengan suasana terbuka menjadikan pengalaman lebih seronok terutamanya waktu petang hingga malam. Kelebihannya ialah pilihan enjin kart pelbagai kuasa dan trek paling panjang di Asia.
Maklumat Ringkas:
- Panjang trek: 1.51 KM (23 selekoh)
- Harga: RM70 (270cc), RM90 (390cc), RM115 (2 drive)
- Waktu operasi: Setiap hari 12:00PM – 12:00AM
- Lokasi: Monkey Canopy, Morib
- Bateriku Terdekat: Bateriku Kajang Taman Jenaris
(Sumber: Lylkarting)
2. Evolt Karting
Evolt dengan 24 selekoh dan 3 yang direka dalam 3 sektor utama. Ia sesuai untuk kanak-kanak seawal 3 tahun hingga dewasa, menjadikannya destinasi ideal untuk keluarga. Kelebihan Evolt ialah keselamatan tinggi dan sistem go-kart elektrik yang mesra alam tanpa asap dan bunyi bising.
Maklumat Ringkas:
- Panjang trek: 600 meter (24 selekoh)
- Harga: RM25–RM115
- Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 4:00PM – 12:00AM Sabtu – Ahad: 12:00PM – 12:00AM
- Lokasi: Evolt Karting, Kuala Lumpur
- Bateriku Terdekat: Bateriku Paddock 3.0
(Sumber: Evolt karting)
3.Blastacar Drift Kart
Blastacar Drift Kart sesuai untuk penggemar sukan permotoran yang ingin merasai pengalaman drift sebenar menggunakan go-kart khas. Setiap kart di sini telah di tune semula dengan spesifikasi sesuai untuk aksi drift daripada reka bentuk casis hingga tayar yang digunakan. Bagi mereka yang berjiwa drift dan ingin mencuba kawalan pusingan gaya profesional, tempat ini pasti memberikan pengalaman yang memuaskan.
Maklumat Ringkas
- Panjang Trek: 200 Meter
- Harga: Kids: RM60 Standard : RM90 Expert: RM100
- Waktu Operasi: Setiap hari 11:00AM – 8:00PM
- Lokasi: L5, Sungei Wang Plaza
- Bateriku Terdekat: Bateriku Pudu
4. Formula Karting (Encorp Strand Mall)
Formula Karting sesuai untuk mereka yang baru ingin mencuba go-kart dalam suasana indoor. Terletak di dalam pusat beli-belah, ia mudah diakses dan sesuai untuk keluarga atau kumpulan rakan mencari aktiviti ringkas hujung minggu. Kelebihan utama tempat ini ialah harga berpatutan dan lokasi strategik.
Maklumat Ringkas:
- Panjang Trek: –
- Harga: RM60 – RM 180
- Waktu Operasi:
- Lokasi: Encorp Strand Mall, Level 5 Carpark
- Bateriku Terdekat: Bateriku Pelangi Damansara
(Sumber: Formula Karting)
5. Lalaspeed E-Kart (Lalaport BBCC)
Lalaspeed menawarkan pengalaman berlumba dengan kart elektrik di atas bumbung Lalaport. Dengan konsep mesra keluarga, ia sesuai untuk kanak-kanak berumur tujuh tahun ke atas. Kelebihan utama Lalaspeed ialah lokasi unik di rooftop yang memberikan pemandangan bandar Kuala Lumpur sambil berlumba.
Maklumat Ringkas:
- Panjang Trek: 240 Meter
- Harga: RM58 (7–15 tahun), RM68 (16 tahun ke atas)
- Waktu Operasi: Isnin –Jumaat: 11:30AM – 10:00PM Sabtu – Ahad: 11:00AM – 10:00PM
- Lokasi: Rooftop Lalaport BBCC, Kuala Lumpur
- Bateriku Terdekat: Bateriku Pudu
6. Go Kart BTSKL (Berjaya Times Square)
Terletak di aras bawah tanah pusat beli-belah terkenal, Go Kart BTSKL menawarkan pengalaman racing indoor yang selesa. Ia sesuai untuk pelumba muda dan juga mereka yang mahu aktiviti santai sebelum atau selepas membeli-belah. Kelebihannya ialah lokasi dalam pusat bandar dan harga mesra pengunjung.
Maklumat Ringkas:
- Panjang Trek: –
- Harga: RM20 –RM50
- Waktu Operasi:
Sabtu – Ahad: 11:00AM – 9:00PM Isnin – Jumaat: 12:00PM – 9:00PM - Lokasi: Level B3, Berjaya Times Square KL
- Bateriku Terdekat: Bateriku Pudu
(Sumber: Go-Kart BTSKL)
7. MyKart Raceway
MyKart Raceway terkenal sebagai trek dua tingkat dan go-kart elektrik terawal di Malaysia di Malaysia. Ia sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa. Keistimewaannya ialah reka bentuk trek 33 selekoh yang mencabar dan pakej lengkap termasuk balaclava serta sarung tangan.
Maklumat Ringkas:
- Panjang Trek: 1000 meter (33 selekoh)
- Harga: RM40 – RM130
- Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 2:00PM – 12:00AM Jumaat: 3:00PM – 12:00AM Sabtu – Ahad: 11:00AM – 12:00AM
- Lokasi: Tropicana Sport Centre Sungai Buloh
- Bateriku Terdekat: Bateriku Sungai Buloh
(Sumber: MyKart Raceway)
8. Pinnacle Kart
Pinnacle Kart menawarkan pengalaman go-kart luar dengan suasana santai dan trek bersaiz sederhana. Tempat ini sesuai untuk sesi latihan atau aktiviti bersama rakan. Kelebihan utama ialah keseimbangan antara harga, kualiti kart dan pengalaman realistik di trek terbuka.
Maklumat Ringkas:
- Panjang Trek: 956 Meter (9 Selekoh)
- Harga: RM55 – RM125
- Waktu Operasi Isnin, Rabu, Khamis: 2:00PM – 10:00PM Jumaat: 3:00PM – 10:00PM Sabtu – Ahad: 12:00PM – 10:00PM
- Lokasi: Speedway PLUS Karting Circuit KM8 Elite Plus Highway 46000, UEP Subang Jaya, 47630 Subang Jaya, Selangor
- Bateriku Terdekat: Bateriku Sri Muda
(Sumber: Pinnacle)
9. Aylezo Speedway
Aylezo Speedway ialah lokasi khas untuk peminat perlumbaan sebenar dengan format Time Attack. Ia sesuai untuk pemandu berpengalaman yang ingin mencabar masa lap sendiri menggunakan sistem rasmi Aylezo. Kelebihannya ialah sistem penilaian digital dan suasana kompetitif.
Maklumat Ringkas:
Panjang Trek: –
- Harga: RM55 - RM70
- Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 4:00PM – 12:00AM Sabtu – Ahad: 11:00AM – 12:00AM
- Lokasi: Lot PT 16858, 40150 Shah Alam, Selangor
- Bateriku Terdekat: Bateriku SS19 Subang Jaya
10. RUD Karting (Racing Underdog)
RUD Karting menawarkan trek sepanjang 1.1KM dengan pengalaman 10 minit yang intensif. Sesuai untuk sesi team building dan perlumbaan santai. Kelebihannya ialah pakej korporat dan trek terbuka yang luas untuk aksi maksimum.
Maklumat Ringkas:
- Panjang Trek: 1.1 KM (23 Selekoh)
- Harga: RM75 – RM150
- Waktu Operasi: Ahad – Khamis : 10:00AM – 12:00AM Jumaat – Sabtu: 10:00AM – 2:00AM
- Lokasi: Persiaran Cove Central, Bandar Gamuda Cove
- Bateriku Terdekat: Bateriku Cyberjaya
(Sumber: RUD Karting)
11. City Karting Shah Alam
City Karting ialah antara trek go-kart paling lama beroperasi dan paling dikenali di Malaysia. Ia sesuai untuk pelumba profesional dan amatur, malah sering digunakan untuk acara rasmi. Kelebihan utama ialah reputasi lama, sistem keselamatan tinggi, dan trek luas yang sesuai untuk perlumbaan sebenar.
Maklumat Ringkas:
- Panjang Trek: 1.1 KM (11 Selekoh)
- Harga: RM40 – RM50
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad: 10:00AM – 7:00PM
- Lokasi: Kompleks Sukan, Jalan Stadium, 45000 Kuala Selangor, Selangor
- Bateriku Terdekat: Bateriku Kuala Selangor
12. PLSC Entertainment (Shamelin Mall & Kuala Selangor)
PLSC menawarkan pengalaman drift kart yang unik, berbeza daripada go-kart biasa. Selain itu, terdapat aktiviti lain seperti rollerskate dan CQB shooting. Ia sesuai untuk ibu bapa yang membawa anak kecil untuk mencuba aktiviti go-kart untuk meluangkan masa.
Maklumat Ringkas:
- Panjang Trek: –
- Harga: RM20 (5 minit), RM35 (10 minit)
- Waktu Operasi: 12:00PM – 12:00
- Lokasi: Level 3, Shamelin Mall
- Bateriku Terdekat: Bateriku Pudu
13. Skyline Luge Kuala Lumpur (Sebutan Khas)
Go-kart memang akan mengujakan pencinta kelajuan. Tapi ada satu lagi aktiviti yang boleh disuaikan seisi keluarga iaitu Skyline Luge Kuala Lumpur.

Luge adalah kereta berkuasa graviti yang anda naiki untuk turun ke litar tanpa bantuan enjin. Anda tempuhi laluan lintar yang lengkap dengan ciri-ciri seperti selekoh kiri kanan, hairpin, terowong, dan banyak lagi. Laluannya diinspirasikan daripada Luge New Zealand yang dibina 1985.
Maklumat Ringkas:
- Panjang Trek: Sehingga 1.6km (bergantung kepada trek)
- Harga: Bermula RM50 (bergantung kepada kombo dan trek)
- Waktu operasi: Setiap hari 11:00 pagi hingga 10:00 malam (tutup pada Selasa)
- Lokasi: Jln Gamuda Luge Gardens, 48050 Rawang, Selangor
- Nearest Bateriku: Bateriku Taman Setia Rawang
Soalan Lazin (FAQ) go-kart
1. Adakah semua orang boleh memandu go-kart?
Ya, hampir semua orang boleh mencuba go-kart asalkan memenuhi syarat umur dan ketinggian minimum yang ditetapkan.
2. Adakah perlu lesen untuk memandu go-kart?
Tidak perlu. Go-Kart dikategorikan sebagai aktiviti sukan rekreasi, jadi tidak memerlukan lesen memandu.
3. Adakah go-kart bahaya?
Secara umum, tidak berbahaya jika mematuhi peraturan keselamatan. Semua trek go-kart profesional dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti penghadang tayar, marshal pengawas dan had kelajuan tertentu untuk kategori pemula.
4. Apa perbezaan antara go-kart elektrik dan petrol?
Go-Kart elektrik (EV Kart) lebih senyap, mesra alam dan mempunyai pecutan segera tanpa bunyi enjin. Ia sesuai untuk indoor track dan aktiviti keluarga.
Sementara go-kart petrol lebih berkuasa dan memberikan rasa perlumbaan sebenar sesuai untuk peminat kelajuan dan outdoor track yang panjang.
5. Apa yang perlu dilakukan jika berlaku kemalangan di trek?
Jika kemalangan berlaku, jangan keluar dari kart sendiri. Kekal duduk dan angkat tangan untuk menarik perhatian marshal. Petugas akan menghentikan perlumbaan sementara dan datang membantu.
Tips Sebelum Bermain Go-Kart
Sebelum
- Pastikan anda memakai topi keledar (helmet) dengan betul dan ketat sebelum memulakan perlumbaan.
- Gunakan pakaian yang sesuai, seperti sarung tangan, kasut bertutup, dan baju berlengan panjang untuk perlindungan tambahan.
- Dengar dan patuhi taklimat keselamatan yang diberikan oleh marshal atau petugas trek sebelum sesi bermula.
dan yang paling penting pastikan kereta anda dalam keadaan baik. Jika anda ragu, Hubungi Bateriku.
Di Bateriku. kami boleh bantu anda untuk pastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan selamat untuk dipandu. kami juga boleh
- Hantar & pasang bateri
- Bantuan kecemasan jalan raya
- Penghantaran minyak (fuel delivery)
- Pemeriksaan bateri & sistem elektrik
- Menghantar trak tunda
- Servis minor dan major
Jadi cepat-cepat hubungi Bateriku sekarang untuk bantuan segera.

