16 Jul 2026

10 tempat terbaik tonton final World Cup 2026

Cover image

Perlawanan akhir Piala Dunia 2026 akan berlangusng pada 20 Julai 2026 pada jam 3:00 pagi waktu tempatan. Sepak mula akan berlangsung di New Yor New Jersey Stadium di East Rutherford, Amerika Syarikat.

Buat yang terlepas, FIFA World Cup 2026 dah tiba di fasa akhir. Hanya dua pasukan tinggal selepas 113 perlawanan penuh dramatik dan kejutan. Sepanyol telah terlebih dahulu tempah slot akhir selepas menang bergaya ke atas Perancis dengan skor 2-0.

Argentina pula pasukan kedua yang melangkah tapi perlu sedikit kerja keras. England terlebih dahulu skor tetapi pada saat-saat akhir, Argentina mengejar dan gol pada waktu kecederaan mengecewakan skuad 3 Lions.

Kalau anda nak layan detik bersejarah ini beramai-ramai, berikut adalah beberapa lokasi skrin besar di Malaysia, untuk tonton bersama penyokong pasukan kegemaran anda.

Berikut adalah lokasi yang telah umumkan siar perlawanan akhir FIFA 2026:

  1. Aneka Walk, Shah Alam
  2. Dataran Bandaraya Ipoh
  3. IKEA Damansara
  4. Kelab Shah Alam, Selangor
  5. KL Festival Park, Jalan Hang Tuah
  6. Masjid Al Falah USJ 9
  7. McDonald's
  8. Melawati Mall, UP3 Rooftop
  9. Restoren mamak terpilih
  10. TGV Aeon Mall AU2 & Aeon Mall Bukit Indah
  11. Unifi Arena Bukit Jalil
  12. ZUS Coffee

1. Aneka Walk, Shah Alam

PKNS akan menganjurkan PKNS Homes Final World Cup 2026 Mega Live di Aneka Walk, Seksyen 14, Shah Alam. Tayangan awam selama 12 jam ini bermula 5 petang pada 19 Julai sehingga 5 pagi pada 20 Julai 2026, dengan sepak mula pada jam 3 pagi waktu Malaysia.

260716-bateriku-aneka walk shah alam final world cup 2026.webp

Dianjurkan bersama Selangor FC, acara ini dijangka menarik kira-kira 1,000 pengunjung dan menawarkan lebih daripada sekadar tayangan perlawanan seperti pertandingan e-sukan, sesi jumpa penggemar bersama pemain Selangor FC, permainan interaktif, cabutan bertuah dan gerai makanan. Acara ini bakal menjadi hab komuniti yang menggabungkan sukan, gaya hidup dan perniagaan tempatan.

Berhampiran Bateriku Seksyen 7.

Sumber: Aneka Walk

2. Dataran Bandaraya Ipoh

Peminat bola sepak di Ipoh berpeluang menikmati pengalaman World Cup 2026 yang lebih panjang, dengan tayangan skrin besar percuma bermula 15 hingga 20 Julai 2026, merangkumi kedua-dua separuh akhir dan akhir.

260716-bateriku-dataran bandaraya ipoh final world cup 2026.webp

Tayangan ini berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh, dan pengunjung digalakkan membawa tikar atau kerusi sendiri untuk keselesaan. Acara terbuka kepada umum ini bertujuan menyatukan warga kota untuk menyaksikan detik terbesar World Cup bersama-sama.

Berhampiran Bateriku Silibin Ipoh.

Sumber: Majlis Bandaraya Ipoh

3. IKEA Damansara

IKEA Damansara menyusuli acara tonton bola sulungnya dengan tayangan final World Cup 2026 pada 20 Julai 2026, jam 3 pagi, dengan pintu dibuka seawal 12 tengah malam.

260716-bateriku-ikea damansara final world cup 2026.webp

Nikmati suasana santai sambil menikmati makanan, minuman dan kopi percuma sambil menyokong pasukan kegemaran anda. Ia menjadi pilihan yang lebih tenang bagi peminat yang mahukan suasana santai berbanding kesesakan tayangan bergaya stadium.

Berhampiran Bateriku Pelangi Damansara.

Sumber: IKEA

4. Kelab Shah Alam, Selangor

Kelab Shah Alam Selangor akan menganjurkan tayangan skrin besar percuma di Dataran Selangor (The Selangor Square) pada 20 Julai 2026, dari 12 tengah malam hingga 6 pagi, dengan sepak mula jam 3 pagi waktu Malaysia.

260716-bateriku-kelab shah alam selangor final world cup 2026.webp

Peminat boleh menikmati suasana seperti di stadium lengkap dengan open mic karaoke, permainan, hadiah dan makanan bergaya mamak yang berpatutan. Kemasukan dan tempat letak kereta adalah percuma, menjadikannya pilihan sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.

Berhampiran Bateriku Seksyen 7.

Sumber: Kelab Shah Alam Selangor

5. KL Festival Park, Jalan Hang Tuah

KL Festival Park di Jalan Hang Tuah mengadakan sambutan bertemakan bola sepak dari 14 hingga 20 Julai 2026, dengan kemuncaknya tayangan final World Cup 2026 secara percuma. Waktu operasi ialah 6 petang hingga 6 pagi pada 14, 15, 19 dan 20 Julai, manakala 16 hingga 18 Julai beroperasi sehingga 1 pagi.

260716-bateriku-kl festival park jalan hang tuah final world cup 2026.webp

Selain skrin besar, terdapat bazar makanan, aktiviti bola sepak, minuman, DJ langsung dan pelbagai hiburan lain. Terletak di pusat Kuala Lumpur, ia menjadi pilihan meriah untuk peminat yang mahukan suasana festival bersama tayangan perlawanan. Kemasukan adalah percuma.

Berhampiran Bateriku Pudu.

Sumber: Hot FM

6. Masjid Al Falah USJ 9

Masjid Al-Falah USJ 9 menggabungkan aktiviti kerohanian dan bola sepak menerusi program "Jom Qiam & Layan Bola", menghimpunkan qiamullail, tayangan final World Cup dan solat berjemaah dalam satu majlis komuniti.

260716-bateriku-masjid al falah usj 9 final world cup 2026.webp

Bertemakan mengukuhkan ukhuwah dari padang bola hingga ke sejadah, program ini bertujuan mengeratkan ikatan komuniti sambil membolehkan peminat menyaksikan perlawanan akhir dengan cara yang lebih bermakna. Makanan dan minuman turut disediakan.

Berhampiran Bateriku SS19.

Sumber: Masjid Al Falah USJ 9

7. McDonald's

McDonald's Malaysia membawa final World Cup 2026 lebih dekat kepada peminat bola sepak menerusi sesi tayangan langsung di gerai-gerai terpilih di seluruh negara, menggabungkan perlawanan dengan suasana bola sepak lewat malam bergaya mamak yang tersendiri, sambil menikmati hidangan kegemaran anda di McDonald's.

260716-bateriku-mcdonalds 01 final world cup 2026.webp

Sebagai tambahan keseronokan, McDonald's turut menawarkan ganjaran bertemakan bola sepak sepanjang perlawanan. Peminat boleh menikmati 20 keping French Fries (S) percuma bagi setiap gol yang dijaringkan, manakala pelanggan turut layak mendapat Americano percuma untuk menemani mereka berjaga menyaksikan aksi final.

260716-bateriku-mcdonalds 02 final world cup 2026.webp

Tayangan final World Cup ini akan berlangsung di gerai-gerai McDonald's terpilih merentasi Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

260716-bateriku-mcdonalds 03 final world cup 2026.webp

Antara gerai yang mengambil bahagian termasuk Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi, Seksyen 13 Shah Alam, Rahman Putra, Kota Warisan, Danau Kota, Pantai Sentral Park, Taman Connaught, Bangsar, Pandan Mewah, EduCity JB, Kota Laksamana Melaka, Putra Nilai, Indera Mahkota Kuantan, Bandar Sri Pinang, Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu, Jalan Gopeng Ipoh, Pengkalan Chepa Kelantan, Jalan Sulaman Sabah, Sandakan, Bintulu dan Tabuan Jaya Sarawak.

260716-bateriku-mcdonalds 04 final world cup 2026.webp

Klik untuk cari cawangan Bateriku terdekat.

Sumber: McDonald's

8. Melawati Mall, UP3 Rooftop

Melawati Mall akan menganjurkan World Cup 2026 Final Live Viewing Party di UP3 Rooftop pada 19 Julai 2026, dari 6 petang hingga 6 pagi, dengan tayangan perlawanan di skrin besar dalam suasana bumbung terbuka.

260716-bateriku-melawati mall up3 rooftop final world cup 2026.webp

Malam itu turut menampilkan permainan, hadiah bertuah, penjual makanan dan minuman, serta peluang bertemu legenda bola sepak. Tempat adalah terhad, dengan butiran penebusan tiket akan diumumkan kemudian, jadi ikuti saluran rasmi Melawati Mall jika berminat.

Berhampiran Bateriku Taman Melawati.

Sumber: Melawati Mall

9. Kedai-Kedai Mamak Terpilih

Unifi TV membawa final World Cup 2026 lebih dekat kepada peminat menerusi tayangan langsung di kedai-kedai mamak terpilih di seluruh Malaysia. Peminat bola sepak boleh menikmati perlawanan sambil menjamu hidangan kegemaran, di samping pelbagai aktiviti dan peluang bertemu selebriti.

Mamak Terbaik di Kuala Lumpur Port Wajib Lepak

260716-bateriku-mamak final world cup 2026.webp

Antara lokasi terpilih ialah Restoran Nasi Kandar Pelita di KLCC, Kuala Lumpur; Nasi Kandar Liga Maju di Senawang, Negeri Sembilan; Restoran Hakim di Jalan Kristal, Selangor; Restoran Nasi Kandar RBS 1 Bistro, Selangor; dan Nasi Kandar Original Signature, Selangor. Tayangan ini menawarkan cara yang lebih santai dan sosial untuk menikmati final World Cup bersama peminat lain.

Klik untuk cari cawangan Bateriku terdekat.

Sumber: Unifi

10. TGV Aeon Mall AU2 & Aeon Mall Bukit Indah

TGV Cinemas akan menganjurkan tayangan 2026 Football Finale Live di lokasi terpilih, termasuk TGV AEON Mall AU2 dan TGV AEON Mall Bukit Indah, bermula jam 12 tengah malam pada 20 Julai 2026, menawarkan pengalaman bergaya stadium di dalam panggung wayang.

260716-bateriku-tgv aeon mall au2 aeon mall bukit indah final world cup 2026.webp

Pengunjung boleh menikmati aktiviti bertemakan bola sepak seperti tatu muka bendera, photobooth bola sepak, cabaran PS5 bola sepak, sepakan penalti dan kuiz trivia, dengan peluang memenangi barangan eksklusif. Setiap pakej tiket termasuk popcorn dan Coca-Cola tanpa had, serta hadiah bertemakan bola sepak seperti beg hadiah Coca-Cola, cheering stick, gelang tangan dan pas peminat eksklusif. Tiket untuk AEON Mall AU2 telah habis dijual, manakala kuantiti terhad masih ada untuk AEON Mall Bukit Indah.

Berhampiran Bateriku Keramat & Bateriku Taman Pulai Mutiara.

Sumber: TGV Cinemas

11. Unifi Arena Bukit Jalil

Unifi Arena Bukit Jalil akan menganjurkan tayangan langsung final World Cup 2026 secara percuma pada 19–20 Julai 2026, dari 10.30 malam hingga 6.00 pagi. Peminat boleh menyaksikan perlawanan di skrin LED sebesar 18 x 8 meter di dalam dewan tertutup, di samping pelbagai aktiviti, sesi sukan, trak makanan dan cabutan bertuah.

260716-bateriku-unifi arena bukit jalil final world cup 2026.webp

Acara ini dianjurkan dengan sokongan beberapa rakan kongsi, termasuk Stadium Malaysia Corporation, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, DBKL cawangan Seputeh dan wakil komuniti tempatan. Peminat digalakkan mendaftar dalam talian dan menyertai komuniti bola sepak Kuala Lumpur untuk pengalaman tontonan bersama.

Berhampiran Bateriku Trilium Sungai Besi.

Sumber: Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan

12. ZUS Coffee

ZUS Coffee akan menganjurkan tonton bersama final World Cup 2026 secara ringkas di lokasi terpilih di seluruh Malaysia, termasuk Decathlon Shah Alam, Petron Ukay Perdana, Dataran Segar Lukut, dan Garden Square Setia EcoGarden, Gelang Patah, Johor.

260716-bateriku-zus coffee final world cup 2026.webp

Tonton bersama ini memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan final World Cup bersama peminat lain dalam suasana santai di lokasi rakan kongsi ZUS Coffee terpilih.

Klik untuk cari cawangan Bateriku terdekat.

Sumber: ZUS Coffee

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya