MATEC 2025 muncul sebagai salah satu acara terpenting dalam kalendar automotif Malaysia. Acara ini bukan sekadar pameran, tetapi sebuah platform besar yang menghimpunkan pemain industri, usahawan, pelajar, dan pelabur bagi membina masa depan mobiliti negara.
Acara yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini dijadualkan berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dengan anggaran kehadiran 50,000 pengunjung.
MATEC 2025: Charge The Hype
Tema utama tahun ini ialah “Charge The Hype”, yang memberi tumpuan kepada peranan usahawan, khususnya dalam bidang produk EV dan bateri.
Berbeza daripada pameran biasa, MATEC 2025 mengetengahkan pendekatan “ekosistem automotif menyeluruh”, merangkumi reka bentuk, teknologi, pengilangan, tenaga hijau, dan sistem kenderaan elektrik (EV).
Matlamat dan Kepentingan MATEC 2025
MATEC diwujudkan bukan hanya untuk mempamerkan produk, tetapi juga bagi membina ekosistem automotif Malaysia yang bersepadu dan mampan. Berikut antara matlamat utamanya:
1. Memperkukuh Ekosistem Automotif Negara
MATEC 2025 menghimpunkan pelbagai pihak seperti pengeluar, pembekal, penyelidik, institusi pendidikan, pelabur dan pengguna dalam satu platform. Ini membolehkan perkongsian pengetahuan serta mempercepatkan pembangunan industri automotif tempatan.
2. Menyokong Usahawan Tempatan
Melalui konsep The Entrepreneurial Engine, acara ini memberi peluang kepada usahawan muda dan syarikat baharu untuk memperkenalkan idea, teknologi serta produk mereka kepada pasaran yang lebih luas.
Platform seperti ini membantu syarikat kecil membina rangkaian dan berkolaborasi dengan pemain besar dalam industri.

3. Menarik Pelaburan dan Perkongsian Antarabangsa
Dengan penyertaan syarikat antarabangsa dan organisasi teknologi global, MATEC 2025 membuka ruang untuk Malaysia menjadi hab automotif serantau, sekali gus menarik pelaburan langsung asing (FDI) dalam bidang tenaga hijau, R&D dan pengilangan pintar.
Hype MATEC 2025
MATEC 2025 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan bernilai tinggi kepada peserta industri serta pengunjung. Berikut antara sorotan utama yang akan berlangsung:
1. Pameran, Teknologi dan Inovasi
Lebih daripada 150 pempamer akan terlibat dengan pelbagai aktiviti dan teknologi seperti:
- Seminar perniagaan & bengkel
- Peluang rangkaian (networking)
- Pembentangan & pelancaran produk
- Teknologi & inovasi automotif
- Demonstrasi & pertandingan
- Auto bazaar
- Demonstrasi lapangan (drift)
- Perlumbaan Hotwheel dan Tamiya
- Expo makanan
- Pameran automotif (kereta dan motosikal)
- Pertandingan pushbike

Dan banyak lagi aktiviti yang memberi gambaran jelas tentang arah tuju masa depan automotif dunia serta bagaimana Malaysia menyesuaikan diri dengan trend global.
2. Bual Bicara dan Forum Industri
MATEC 2025 turut menganjurkan sesi bual bicara, forum pakar dan perkongsian industri yang melibatkan wakil daripada universiti, institusi penyelidikan serta syarikat multinasional.
Topik seperti mobiliti hijau, revolusi EV, Industri 4.0, automasi dan tenaga lestari menjadi fokus utama, memberi inspirasi kepada pengusaha tempatan untuk berinovasi.
3. Peluang Jaringan dan Perniagaan
Salah satu kelebihan utama MATEC ialah peluang untuk membina rangkaian (networking). Peserta boleh bertemu rakan kongsi strategik, pelabur dan pelanggan baharu dalam satu tempat.
Bagi syarikat baharu, inilah peluang terbaik untuk memperkenalkan produk dan mencari rakan niaga bagi mengembangkan perniagaan.
Fokus Teknologi MATEC 2025
1. Kenderaan Elektrik (EV)
Malaysia kini giat membangunkan infrastruktur EV, dan MATEC menjadi pentas penting untuk mempamerkan penyelesaian berkaitan bateri, pengecasan serta teknologi tenaga boleh diperbaharui.
Pameran ini membantu mempercepatkan kesedaran awam tentang kepentingan mobiliti hijau dalam usaha mengurangkan pencemaran karbon.
2. Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
Antara aktiviti utama di MATEC 2025 ialah majlis menandatangani MoU antara syarikat automotif, institusi pendidikan dan agensi kerajaan. Langkah ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan teknologi baharu, inovasi tenaga, serta memperluas peluang pelaburan dalam industri automotif tempatan.
Pada acara MATEC 2025, Bateriku (M) Sdn Bhd turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa rakan strategik sebagai langkah memperkukuh kerjasama dalam industri automotif tempatan. MoU ini menandakan komitmen Bateriku untuk terus berkembang melalui jaringan kolaborasi, inovasi teknologi, serta pembangunan ekosistem automotif bersepadu yang selaras dengan visi MATEC dalam memperkasa pemain industri tempatan.

3. Sistem Pemanduan Autonomi
Kenderaan masa depan bukan sahaja elektrik, tetapi juga autonomi. MATEC memberi peluang kepada penyelidik dan syarikat teknologi memperkenalkan sistem bantuan pemandu (ADAS) dan perisian keselamatan berasaskan sensor pintar.
Mengapa Diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur
- Pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi MATEC 2025 amat strategik.
- Mudah diakses melalui pengangkutan awam dan lebuh raya utama.
- Kawasannya yang luas membolehkan pelbagai aktiviti seperti pameran, demonstrasi dan sesi rangkaian berlangsung serentak.
- Lokasi ini juga menjadi simbol kemajuan Malaysia sebagai tuan rumah acara berskala besar bertaraf antarabangsa.
Bateriku Bersama MATEC
Dalam tempoh setahun, Bateriku telah aktif menyertai pelbagai acara besar di seluruh negara. Namun, penyertaan kali ini di MATEC 2025 membawa makna yang lebih istimewa dan berbeza.
Bateriku: Dua Tapak, Satu Tujuan
Bateriku membawakan dua booth berbeza, iaitu booth Bateriku dan booth Akademi Bateriku.
Booth Bateriku menyediakan mini game seperti Mystery Box dan Shooting Game untuk dimainkan secara santai. Disamping memberikan pendedahan kepada umum tentang semua perkhidmatan yang ditawarkan di Bateriku.

Manakala booth Akademi Bateriku pula berperanan mencari bakat-bakat baharu dalam kalangan pengunjung yang berminat. Pengunujung akan di bantu sekiranya pengunjung ingin mengetahui tentang Akademi Bateriku dengan lebih dalam.
Antara detik penting buat Bateriku di acara ini ialah ucapan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA, yang menyatakan bahawa dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, Bateriku bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. Kenyataan ini menjadi bukti kukuh terhadap potensi besar serta prestasi cemerlang syarikat dalam industri automotif tempatan.
Momen ini menjadi lebih bermakna apabila Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah Binti Wang, turut menyuarakan hasrat yang sama. Beliau menegaskan bahawa Bateriku (M) Sdn. Bhd. kini berada pada landasan kukuh untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa terdekat.

Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa Bateriku telah mendapat kepercayaan tinggi daripada pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan dan kementerian, sebagai salah satu peneraju utama dalam ekosistem mobiliti negara.
Bateriku turut hadir ke MATEC 2025 dengan membawa semangat baharu melalui aktiviti RSA Pitstop Challenge, sebuah pertandingan eksklusif yang menggabungkan elemen cabaran dan kemahiran teknikal.
RSA Pitstop Challenge ialah permainan berbentuk speedrun di mana para peserta perlu menukar tayar, memeriksa minyak enjin, minyak brek dan cecair radiator dalam masa terpantas. Penilaian bukan hanya berdasarkan kepantasan semata-mata, tetapi turut mengambil kira ketepatan prosedur kerja.

Dengan misi memperkukuh jenama serta memperluas rangkaian perniagaan dalam industri automotif, Bateriku tampil dengan dua booth utama dan dua anak syarikat menandakan komitmen kukuh syarikat untuk terus berkembang dalam ekosistem mobiliti negara.
Motor Maniac: Gaya Hidup Automotif
Motor Maniac hadir di MATEC 2025 dengan konsep yang lebih santai dan mesra komuniti. Booth ini menarik perhatian ramai pengunjung dengan pelbagai cenderamata eksklusif seperti baju dan pelekat khas yang mencerminkan semangat komuniti automotif di Malaysia.
Kehadiran Motor Maniac membuktikan bahawa Bateriku bukan sekadar jenama, tetapi turut memainkan peranan penting dalam memperkasa budaya gaya hidup automotif dan membina komuniti Automotif.
Astra: Bateri Astra Berkualiti Tinggi dengan Kelulusan SIRIM
Satu lagi tumpuan utama di MATEC 2025 ialah kehadiran Bateri Astra, jenama bateri tempatan di bawah Bateriku yang kini semakin mendapat kepercayaan pengguna di seluruh negara.
Menariknya, Bateri Astra merupakan satu-satunya bateri automotif di Malaysia yang memiliki kelulusan SIRIM, sekali gus membuktikan tahap kualiti dan keselamatan produknya yang diiktiraf di peringkat nasional.

Selain itu, Bateri Astra turut menawarkan Perlindungan Takaful Kemalangan Diri (GPA) secara percuma bernilai sehingga RM7,000, sebagai nilai tambah kepada pelanggan. Antara perlindungan yang disediakan ialah:
- Kematian akibat kemalangan: RM7,000
- Kecacatan Kekal Menyeluruh (TPD): RM7,000
- Perbelanjaan pengebumian: RM2,000
- Caj ambulans: RM500
Bateri Astra direka untuk ketahanan jangka panjang, sesuai digunakan bagi pelbagai jenis kenderaan daripada kereta kompak hingga kenderaan komersial. Dengan teknologi moden dan kawalan kualiti yang ketat, ia menjadi pilihan utama bagi pengguna yang mementingkan prestasi serta ketahanan.
Kehadiran Astra Battery di MATEC 2025 sekali lagi memperkukuh reputasi Bateriku.com sebagai penyedia solusi automotif yang lengkap, inovatif dan berkualiti tinggi untuk pasaran Malaysia.

