Boling di Malaysia bermula daripada sukan boling padang (lawn boling) yang diperkenalkan pada era penjajahan British. Namun, sukan ini mula berkembang pesat selepas tahun 1992, apabila Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Persiapan menghadapi temasya itu membawa kepada penubuhan Persatuan Lawn Boling Malaysia (PLBM), sekaligus menjadi titik tolak kepada pembangunan kemudahan bowling di seluruh negara.
Kini, boling bukan lagi sekadar sukan profesional tetapi telah menjadi aktiviti riadah dan gaya hidup moden. Dengan pelbagai pusat boling berteknologi tinggi, suasana neon interaktif serta kemudahan keluarga, boling terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dari semua peringkat umur. Berikut merupakan antara pusat boling terbaik di Malaysia yang menawarkan pengalaman menarik dan menyeronokkan untuk semua.
Boling Malaysia ke Pentas Dunia
Sebelum ini Tun Hakim Tun Hasnul Azam telah melakar kejayaan menjadi pemain boling Malaysia yang pertama memenangi gelaran di Jelajah Persatuan Pemain-pemain Boling Profesional (PBA). Beliau yang berusia 26 tahun berjaya menewaskan Kevin McCune dari Amerika Syarikat dalam kejuaraan Chameleon di Reno, Nevada pada 19 Mac lepas.
(Sumber: Professional Bowlers Association)
Apa Itu Boling?
Boling ialah sejenis sukan atau permainan yang dimainkan dengan menjatuhkan sepuluh pin menggunakan bola di hujung lorong khas yang licin dan panjang. Objektif utama permainan ini adalah untuk menjatuhkan sebanyak mungkin pin dalam dua lontaran bagi setiap pusingan.
Satu permainan boling mempunyai 10 Pusingan, dan setiap pemain diberi dua peluang dalam setiap pusingan kecuali jika mendapat strike (semua pin jatuh sekali gus). Pemain yang mengumpul markah tertinggi di akhir permainan akan menang
Peraturan Asas Dalam Permainan Boling
- Bilangan Pin dan Lontaran Dalam satu permainan boling terdapat 10 pin yang disusun di hujung lorong. Setiap pemain diberi dua peluang lontaran bagi setiap pusingan (frame) untuk menjatuhkan semua pin.
- Strike dan Spare Jika semua pin jatuh pada lontaran pertama, ia dipanggil strike. Jika pin jatuh selepas dua lontaran, ia dikenali sebagai spare. Strike dan spare memberi markah tambahan kepada pemain.
- Jumlah Pusingan Satu permainan penuh mempunyai 10 Pusingan. Pemain yang berjaya membuat strike pada frame terakhir akan mendapat dua lontaran tambahan untuk markah bonus.
- Markah dan Kemenangan Markah dikira berdasarkan jumlah pin yang dijatuhkan. Pemain dengan markah tertinggi selepas 10 frame akan menjadi pemenang.
- Etika dan Keselamatan Pemain mesti memakai kasut boling khas bagi menjaga permukaan lorong. Setiap pemain perlu menunggu giliran, tidak melintasi garisan lontaran (foul line), dan menjaga adab semasa bermain.
- Foul (Kesalahan) Jika pemain melangkah melepasi garisan lontaran, lontaran itu tidak dikira walaupun pin jatuh. Ia dianggap “foul” dan markah untuk lontaran tersebut ialah kosong.
12 Pusat Boling Pilihan Profesional
Lembah Klang sememangnya kaya dengan pelabagai aktiviti dan menawarkan banyak pusat rekreasi, dalam senarai ini terdapat 12 pusat boling yang terkenal yang sering menjadi tumpuan untuk sesiapa yang mahu mencuba sukan boling dan juga tempat tumpuan bagi profesional untuk berlatih.
1. Sunway Mega Lanes – Bandar Sunway, Selangor
Sunway Mega Lanes merupakan salah satu pusat boling terbesar di Malaysia dengan lebih 40 lorong dan sering menjadi lokasi kejohanan antarabangsa. Selain boling, ia turut menjual kelengkapan profesional seperti kasut, beg, pin dan bola boling untuk pemain serius.
Lokasi: Lot F1.22, First Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall, Bandar Sunway
Waktu Operasi: 10:00 AM – 12:00 AM
Harga: RM14
Harga Sewaan Kasut + Stoking: RM6.50
Bateriku Terdekat: Bateriku SS19 Subang Jaya
(Sumber: Sunway Mega Lanes)
2. Supreme Cosmic Bowl – Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
Supreme Cosmic Bowl terkenal dengan konsep neon dan suasana kosmik yang memberikan pengalaman bermain yang imersif dan menyeronokkan. Selain boling, terdapat pelbagai permainan hiburan seperti pool, electric darts, air hockey dan big punch, menjadikannya lokasi santai untuk keluarga dan remaja.
Lokasi: Lot T-003, Tingkat 3, Mid Valley Megamall
Waktu Operasi: 10:00 AM – 12:00 AM
Harga: RM25 – RM30
Harga Sewaan Kasut + Stoking: RM8
Bateriku Terdekat: Bateriku Bangsar
(Sumber: Supreme Cosmic Bowl)
3. Wangsa Bowl – Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur
Wangsa Bowl menawarkan pakej kumpulan menarik dengan kadar berpatutan. Pemain boleh menikmati sesi bermain tanpa had selama sejam, sesuai untuk keluarga dan kumpulan rakan. Suasana moden serta lorong yang selesa menjadikannya tumpuan utama di kawasan Setapak.
Lokasi: Wangsa Walk Mall, Setapak
Waktu Operasi: 10:00 AM – 12:00 AM
Harga: Sebelum 5 petang – RM30 Selepas 5 petang – RM40
Harga Sewaan Kasut: RM3
Bateriku Terdekat: Bateriku Keramat
4. Ampang Superbowl – Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Antara rangkaian boling terbesar di Malaysia dengan 10 cawangan seluruh negara dan 48 lorong di Times Square. Menariknya, pengguna boleh memuat turun Aplikasi Loyalty Ampang Superbowl untuk mengumpul mata yang boleh ditebus dengan game percuma atau minuman.
Lokasi: Tingkat 5, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10:00 AM – 10:00 PM
Harga: Hari biasa:
- Dewasa RM8.00
- Pelajar RM5.00
- Ahli RM6.00
Hujung minggu:
- Dewasa RM10.50
- Ahli RM8.00
Harga Sewaan Kasut + Stoking: RM9
Bateriku Terdekat: Bateriku Pudu
5. KLGCC Bowling Centre – Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Terletak dalam Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), pusat ini menawarkan suasana eksklusif dengan pelbagai kemudahan sukan seperti badminton, tenis, gim, kolam renang dan teater mini. Kod pakaian turut dikuatkuasakan bagi menjaga imej kelab.
Lokasi: KLGCC, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Waktu Operasi
- Hari Minggu: 3.00 PM – 10.00 PM
- Hujung minggu: 10.00 AM – 10.00 PM
Harga
Hari biasa:
- Ahli RM8.50 / RM21.50 (3 game)
- Tetamu ahli RM10.50 / RM27.00 (3 game)
- Pelawat RM12.50 / RM27.00 (3 game)
Hujung minggu:
- Ahli RM8.50 / RM21.50 (3 game)
- Tetamu ahli RM12.50 / RM27.00 (3 game)
- Pelawat RM15.50 / RM27.00 (3 game)
Harga Sewaan Kasut + Stoking: RM 9
Bateriku Terdekat: Bateriku Bangsar
(Sumber: KLGCC Golf & Country Club)
6. Gurney Bowl – Keramat, Kuala Lumpur
Gurney Bowl menjadi tumpuan utama peminat boling di Malaysia. Dengan suasana moden dan lokasi strategik ia menjadi pilihan keluarga serta pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang.
Lokasi: Jln Maktab, Kampung Datuk Keramat, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10:00 AM – 11:00 PM
Harga: Anggaran RM8 – RM13
Harga Sewaan Kasut + Stoking: RM8
Bateriku Terdekat: Bateriku Keramat
7. Ole Ole Superbowl – Shah Alam, Selangor
Ole Ole Superbowl mempunyai 28 lorong boling dengan kemudahan moden dan sistem permainan digital. Suasana mesra keluarga menjadikannya lokasi ideal untuk aktiviti hujung minggu.
Lokasi: Ole Ole Shopping Centre, Shah Alam
Waktu Operasi: 10:00 AM – 11:00 PM
Harga: RM8 setiap orang
Harga Sewaan Kasut: RM3
Bateriku Terdekat: Bateriku Sri Muda
8. Alam Lanes
Alam Lanes terkenal sebagai lokasi boling mesra keluarga dengan 20 lorong permainan yang luas dan sistem skor automatik. Suasana santai menjadikannya pilihan ramai untuk aktiviti hujung minggu atau acara kecil bersama rakan.
Lokasi: Level 4, AEON Mall Shah Alam, Seksyen 13
Waktu Operasi: 10:00 AM – 12:00 AM
Harga:
- Hari Minggu: RM7 – RM10
- Hujung Minggu: RM10
Harga Sewaan Kasut + Stoking: RM 6
Bateriku Terdekat: Bateriku TTDI Jaya
9. Bowl America
Bowl America menampilkan suasana moden dengan konsep mesra kanak-kanak dan muzik latar yang menyeronokkan. Ia menawarkan pakej istimewa untuk keluarga dan kumpulan kecil, sesuai untuk acara sosial atau pertandingan kecil.
Lokasi: Centralwalk, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 10:00 AM – 11:00 PM
Harga:
- RM10 (1 Game)
- RM30 (5 Game)
Harga Sewaan Kasut: RM3
Bateriku Terdekat: Bateriku Seksyen 7
(Sumber: i-City)
10. Lite Superbowl JB – Selayang
Lite Superbowl menawarkan gabungan hiburan dan gaya hidup moden dengan 24 lorong boling serta suasana yang selesa. Lokasinya di pusat beli-belah memudahkan pengunjung untuk makan dan membeli-belah selepas bermain.
Lokasi: Jalan SU 8, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi:
- Hari Minggu: 11:00 AM – 12:00 AM
- Hujung Minggu: 10:00 AM – 12:00 AM
Harga:
- RM9.50 (1 Game)
- RM20 (3 Game)
Harga Sewaan Kasut: RM3
Bateriku Terdekat: Bateriku Kepong
11. Juara Bowling
Juara Bowling ialah pusat boling moden yang sering menjadi lokasi kejohanan dan latihan pemain profesional tempatan. Dilengkapi dengan lorong berkualiti antarabangsa serta sistem skor digital terkini, ia turut menawarkan suasana santai untuk pemain kasual yang ingin mencuba kemahiran mereka.
Lokasi: Level 6, The Strand Mall, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
- Hari Minggu: 10:00 AM – 12:00 AM
- Hujung Minggu: 10:00 AM – 2:00 AM
Harga: Hari Minggu:
- Sebelum 5 Petang: RM10.80
- Selepas 5 Petang: RM12.80
Hujung Minggu:
- RM16.80
Harga Sewaan Kasut + Stoking: RM6.50
Bateriku Terdekat: Bateriku Pelangi Damansara
12. Klang Bowling
Klang Bowling di Harbour Place Mall menawarkan suasana moden dan selesa dengan kemudahan lengkap untuk pemain kasual serta peminat tegar boling. Selain itu, di sini juga disediakan permainan lain seperti simulator golf dan bola sepak.
Lokasi: Harbour Place Mall, Klang, Selangor
Waktu Operasi: 10:00 AM – 12:00 AM
Harga: Hari Minggu (1 Game):
- Sebelum 5 Petang: RM7 – RM9
- Selepas 5 Petang: RM9 – RM12
- OKU: RM6
Hujung Minggu: RM9 – RM12
Harga Sewaan Kasut + Stoking: RM6
Bateriku Terdekat: Bateriku Klang
(Sumber: Klang Bowling)
Kenapa Boling Menjadi Pilihan Semua?
1. Aktiviti Santai untuk Semua Peringkat Umur
Boling sesuai untuk kanak-kanak, remaja hingga dewasa. Ia tidak memerlukan kemahiran tinggi dan mudah dipelajari, menjadikannya aktiviti santai yang menyeronokkan untuk keluarga dan rakan.
2. Menggalakkan Gaya Hidup Aktif
Walaupun kelihatan senang, boling membantu pergerakan fizikal seperti koordinasi tangan dan mata, imbangan badan serta kekuatan otot. Ia sesuai bagi mereka yang ingin kekal aktif tanpa melakukan aktiviti lasak.
3. Aktiviti Sosial & Hiburan Moden
Boling bukan sekadar sukan, tetapi juga cara berinteraksi dan bersosial. Ramai memilih boling untuk mengeratkan hubungan keluarga, rakan sekerja atau pasangan.
4. Akses Mudah & Kemudahan Lengkap
Pusat bowling kini mudah dijumpai di bandar utama seluruh Malaysia. Dengan harga berpatutan dan kemudahan moden seperti kasut sewa, kafe dan ruang rehat, bowling menjadi aktiviti hujung minggu yang mudah diakses dan menyeronokkan tanpa perlu perancangan rumit.
Soalan Lazim (FAQ) Tentang Boling
1. Apa peralatan yang diperlukan untuk bermain boling?
Antara peralatan utama ialah bola bowling, kasut boling khas, dan stoking.
2. Bagaimana markah boling dikira?
Markah dikira berdasarkan jumlah pin yang dijatuhkan dalam setiap lontaran. Strike dan spare akan menambah markah dari lontaran seterusnya.
3. Apa maksud “strike” dan “spare”?
Strike: Semua 10 pin jatuh pada balingan pertama. Spare: Semua pin jatuh selepas dua lontaran. Kedua-duanya memberi markah bonus kepada pemain.
4. Apa Nak Buat Kalau Kalau Kereta Rosak Lepas Main Boling
Badan dah letih sebab ketawa bola masuk longkang, bersorak sebab dapat strike semasa main boling sekarang kena fikir tentang kereta rosak. Tak perlu fikir, biar Bateriku yang fikir. Anda cuma perlu hubungi Bateriku untuk dapatkan pertolongan.Masalah kereta terkunci, minyak habis, bateri kong, dan tayar pancit semua kami boleh tolong. Kami ada lebih 225 cawangan jadi lebih kurang 30 minit ke 1 jam untuk kami sampai ke tempat anda.

