Warranty Policy

After Sales Terms & Conditions

TERMA & SYARAT BANTUAN SELEPAS PEMBELIAN

Setiap bantuan selepas pembelian produk Bateriku.com tertakluk kepada terma & syarat berikut:

  1. Bantuan Selepas Pembelian tidak semestinya memerlukan lawatan juruteknik Bateriku.com.
  2. Setiap perkhidmatan yang memerlukan kehadiran juruteknik ke lokasi pelanggan hendaklah disertakan dengan pembayaran RM30 terlebih dahulu.
  3. Pihak Bateriku.com berhak untuk tidak hadir ke lokasi sekiranya pelanggan enggan membuat bayaran RM30 terlebih dahulu.
  4. Semua pelanggan wajib menunjukan resit digital atau bukti pembelian sah daripada Bateriku.com untuk layak mendapat perkhidmatan tuntutan jaminan di kawasan liputan perkhidmatan kami.
  5. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bateriku.com di talian 011-16006008 untuk perkhidmatan jaminan sekiranya kenderaan di dapati tidak dapat dihidupkan.
  6. Bateriku.com hanya akan bertanggungjawab terhadap jaminan bateri yang dijual oleh Bateriku.com termasuk daripada Wakil Pengedar Outlet, “Freelance” dan individu yang berdaftar dengan Bateriku.com.
  7. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang timbul diakibatkan daripada persetujuan pelanggan untuk memasang bateri dengan spesifikasi yang lebih tinggi atau lebih rendah pada kenderaan setelah disyorkan oleh Bateriku.com.
  8. Setiap penjualan rasmi daripada Bateriku.com akan direkodkan ke dalam sistem kami. Sekiranya pelanggan bersetuju untuk memilih bateri yang tidak mengikut spesifikasi pengeluaran kenderaan, kami akan merekodkan persetujuan tersebut ke dalam sistem rekod kami dan akan digunakan sebagai rujukan untuk sebarang laporan bantuan selepas pembelian.
  9. Sekiranya didapati terdapat sebarang “system reset” sebelum pembelian bateri dilakukan, pihak Bateriku.com tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat gangguan sistem kenderaan. Selain itu, sebarang kos reset sistem kenderaan akan ditanggung oleh pelanggan sendiri.
  10. Pelanggan dinasihatkan supaya membawa kenderaan ke “Service Centre” atau bengkel yang dipercayai.
  11. Pihak Bateriku.com berhak membatalkan waranti produk dan servis kepada pelanggan yang tidak membaik pulih kerosakan kenderaan berkaitan dengan bateri seperti yang telah dimaklumkan oleh khidmat pelanggan kami.
  12. Caj perkhidmatan sebanyak RM50 akan dikenakan jika pelanggan ingin mendapatkan perkhidmatan Bateriku.com selepas berkuatkuasanya pembatalan waranti produk dan servis (void warranty).
  13. Waktu perkhidmatan untuk Bantuan Selepas Pembelian adalah dari jam 10:00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.

Pemulangan caj perkhidmatan RM30 (refund) jika:

  1. Tuntutan bantuan perkhidmatan mempunyai justifikasi yang sah. Ini bermakna bateri pelanggan sememangnya mengalami kerosakan.
  2. Bateri yang dilaporkan akan dibawa pulang oleh pihak Bateriku.com.
  3. Pelanggan akan dibekalkan dengan bateri sementara (floating).
  4. Pemulangan semula caj perkhidmatan akan dilakukan selepas pemeriksaan oleh pihak Bateriku.com yang mengesahkan bateri tersebut sememangnya mengalami kerosakan.
  5. Pemeriksaan yang dimaksudkan mengambil masa selama 7 hari waktu bekerja.
  6. Tempoh pembayaran semula RM30 akan dilakukan selepas tarikh tuntutan 7 hari sehingga 14 hari waktu berkerja.
  7. Bagi pelanggan yang menerima bateri baru, jaminan bantuan selepas pembelian adalah berdasarkan tarikh asal pembelian.
  8. Klausa penafian untuk sebarang tuntutan mendapatkan bateri baru daripada pengilang adalah tidak sah sama sekali dan mesti dilakukan melalui pihak Bateriku.com sahaja.
logo-horz-footer.png

Bateriku aims to transform the automotive auto - assist industry by affectionately dominating the pulse of its’ business – Bateriku’s Customer’s Experience. Our edge rests in our 14 years of hands-on experience within the service industry and since day 1, we have been constantly and continuously finding ways to improve each and every aspect of our customer’s journey.

Copyright © 2021 Bateriku.com. All Rights Reserved.

Search