Gas ekzos yang disedut semula berupaya menyejukkan suhu kebuk pembakaran dan mengurangkan kebarangkalian berlakunya fenomena knocking. Keadaan ini membolehkan enjin menggunakan nisbah mampatan yang lebih agresif sehingga 11.5:1. Dari segi aplikasi enjin, perlu diketengahkan bahawa semakin tinggi kemampuan enjin untuk menghasilkan nisbah mampatan, semakin efisyen penggunaan petrol untuk kenderaan tersebut.
Saga pula menggunakan enjin SP4E DOHC yang dilengkapkan dengan mekanisme VVT. Dari segi turutan teknologi, VVT tertinggal 2 anak tangga berbanding dengan teknologi dual-VVTi. Berbeza dengan enjin 1NR-VE yang berupaya mengurangkan sesaran enjin dalam keadaan santai, enjin VVT SP4E hanya boleh mengubah pemasaan injap kemasukan sahaja. Itu pun hanya 2 langkah, on atau off saja.
Enjin ini hanya memiliki nisbah mampatan 10:1 berbanding kepada enjin Perodua Bezza Advance yang mencatat nisbah mampatan setinggi 11.5:1. Tambahan lagi, Sekiranya enjin Proton Saga, SP42 DOHC cuba melebihi nilai 10, berkemungkinan akan mengakibatkan fenomena knocking dan pengguna perlu menggunakan RON 97 setiap masa. Apa yang kita boleh rumuskan di sini ialah, enjin 1NR-VE adalah lebih efisyen jika dibandingkan dengan enjin SP4E dari segi aplikasi dual VVT-I dan juga nisbah mampatan.
Bateri
Dari segi bateri, Perodua Bezza Advance menggunakan bateri bersaiz M42. Di Bateriku.com, kami menawarkan 3 produk bateri M42 iaitu Varta Blue EFB M42L (RM373.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Amaron Hi Life Duro M42L (RM31.00, 12 bulan waranti / 20,000 KM), dan Bosch Hightech EFB M42L (RM338.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM). Kesemua harga yang dimaklumkan adalah harga selepas penolakan harga bateri lusuh atau bateri lama sebanyak RM20.00.
Proton Saga Premium pula menggunakan saiz bateri yang lebih banyak dipasaran iaitu NS60R/L. Di Bateriku.com kami menawarkan 5 produk NS60R/L iaitu daripada jenama Eksklusif Bateriku.com, PLATIN (RM220.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Varta Black (RM253.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Amaron (RM243.00, 18 bulan waranti / 30,000 KM), Century (RM230.00, 18 bulan waranti / 25,000 KM), XP (RM185.00, 12 bulan waranti / 20,000 KM).
Kesemua terma waranti produk Bateriku.com tertakhluk kepada tempoh pembelian atau catatan mileage kenderaan selepas pembelian atau mana-mana yang sampai terlebih dahulu.
Dengan bantuan waranti di seluruh Malaysia, sekiranya Bezza atau Saga anda menghadapi masalah di Perlis meskipun pembelian dan pemasangan dibuat di Kuala Lumpur, Bateriku.com menerusi wakil pengedarnya di Perlis akan tiba ke lokasi anda kurang daripada 30 minit untuk menyelesaikan masalah anda. Anda tidak perlu untuk membawa bateri tersebut ke Kuala Lumpur semula.
Tambahan lagi, pelancaran aplikasi mobil baru Bateriku.com turut menyediakan bantuan selepas pembelian selama 24 jam.