customersupport@bateriku.com
1-300-22-2324 012-938 8621

Hubungi


IBU PEJABAT


HUB OPERASI


PULAU PINANG


JOHOR


NEGERI SEMBILAN


MELAKA


KUANTAN


Borang Hubungi

Kami tidak sabar untuk mendengar daripada anda tentang bagaimana kami boleh meningkatkan perkhidmatan kami kepada anda. Sila isi borang ini dan hantar atau hubungi:

Untuk Produk, Perkhidmatan, Jualan dan sebagainya - Ezaddin Tel: +603 7843 0105


Nama:
e-Mel:
No. Tel.:
Mesej/ Maklumbalas/ Cadangan/ Pertanyaan:
* Dengan menggunakan angka sahaja, jumlah 2300 dengan 24?



Bateriku.com - Terma Penggunaan


Pergi lebih jauh dengan Bateriku.com

Selamat datang laman sesawang Bateriku.com.

TERMA DAN SYARAT WARANTI

1. Tempoh waranti bagi bateri Amaron untuk kenderaan petrol ialah 30,000 KM dan 18 bulan, dan untuk kenderaan diesel dan perdagangan ialah 30,000 KM dan 12 bulan. Untuk bateri selain amaron, untuk kenderaan petrol 25,000 KM dan 12 bulan, untuk kenderaan diesel dan perdaganagan 20,000 KM dan 6 bulan.
2. Lawatan pertama akan melakukan servis jumpstart secara percuma, sekiranya voltage dan cca tidak menunjukkan bacaan mengikut spesifikasi, syarikat akan memberikan bateri sementara untuk pelanggan dan bateri pelanggan tersebut akan diambil untuk membuat pemeriksaan lanjut
3. Bateri yang telah diperiksa dan dikenalpasti dalam keadaan baik mengikut spesifikasi pengilang, sekiranya pelanggan meminta servis penghantaran pihak BATERIKU.COM akan mengenakan caj bayaran sebanyak RM50.00.
4. Pelanggan diberi pilihan untuk mengambil semula bateri yang telah dicas dan diperiksa mengikut spesifikasi pengilang secara percuma.
5. Setelah dimaklumkan status bateri ,sekiranya pelanggan tidak mengambil bateri selepas tempoh 7 hari, pihak BATERIKU.COM tidak akan bertanggungjawab atas masalah bateri sementara yang sedang dugunakan oleh pelanggan.
6. Sekiranya pelanggan tidak mengambil bateri tersebut dalam tempoh 1 bulan pihak BATERIKU.COM akan membuat pelupusan dan pelanggan tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap bateri tersebut.
7. Hanya tuntutan waranti berpunca daridapa masalah pembuatan bateri “manufacturing defect” sahaja yang layak menerima jaminan waranti. Pihak Bateriku.com tidak akan memberikan jaminan waranti sekiranya kenderaan mengalami kerosakan seperti starter, alternator, wiring, terminal rosak, kerosakan kenderaan sendiri ataupun kecuaian pelanggan.
8. Untuk lawatan waranti kedua dan seterusnya, pelanggan akan dicaj sebanyak RM50.00 sekiranya masalah tuntutan waranti adalah disebabkan keengganan pelanggan menukar atau memperbaiki kerosakan seperti yang dinasihatkan oleh ‘mobile technician’ Bateriku.com.
9. Untuk kederaan yang tidak digunakan atau dihidupkan melebihi 2 minggu (long storage), servis jumpstart akan dikenakan caj bayaran RM50.00.

TERMA & SYARAT AM

Sekiranya anda terus untuk melayari dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat penggunaan berikut, yang didatangkan dengan dasar privasi kami, bagi mengawal hubungan SYARIKAT dengan anda berhubung dengan laman SESAWANG ini.
Terma 'SYARIKAT' atau 'kami' adalah merujuk kepada pemilik laman sesawang ini dengan pendaftaran pejabat Green Initiative Sdn Bhd, No. 17, Block G, Jalan Saujana Indah 10, Taman Perindustrian Saujana Indah TTDI Jaya, Seksyen U2 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Terma 'anda' merujuk kepada pengguna atau pelayar laman sesawang kami. Penggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan seperti berikut: